Tuesday, May 3, 2011

NOVEL: DEDAUN HATI

DEDAUN HATI

Dedaun hati ini melambai
tatkala kau datang,
Dedaun hati ini berguguran
saat kau menghilang

Sinopsis:

Tengku Zulqarnain merupakan seorang lelaki yang ego, dan keras kepala. Namun, pertemuannya dengan Dahlia mengubah hidupnya hampir 360 darjah meskipun pada awalnya sikap mereka  tidak sehaluan.
Namun, pertemuan yang disangka manis hingga ke hujung itu rupanya pahit di tengah jalan apabila Dahlia ditangkap khalwat bersama Zariff sahabat baiknya sendiri. Lantaran kejadian itu, Tengku Zulqarnain tidak mempercayai kewujudan wanita yang setia dan  menghilangkan diri  tanpa memberi  peluang kepada wanita itu membela diri.
Dugaan demi dugaan mendatang apabila Dahlia dituduh  terlibat dalam sindiket pembunuhan Zariff dan Dahlia merupakan keturunan Azhar, musuh Tengku Zulqarnain. Siapakah dalang yang sebenar? Siapa pula Julia? Dapatkah Tengku Zulqarnain bersama semula dengan Dahlia? Ikuti novel ini yang merungkai persoalan demi persoalan yang timbul.





PART 1
“No way papa! I’ll never involve with the funny event,” Tengku Zulqarnain lantang membangkang usul Tengku Sufri. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding swaktu di pejabat papanya.
“By hook or by crook you involved. Anggap satu claim for your stupid mistake about two project in this year. Akibat sikap sambil lewa kamu, client kita dah lari. Modal dah keluar hampir berjuta.  Disiplin kamu tu kena bentuk. Program ni memang sesuai sangat degan kamu tu Zulqarnain!” jawab Datuk Sufri. Gara-gara projek yang diuruskannya tidak menjadi akibat sikap buruk sambil lewanya, terpaksalah  dia terima untuk mengikuti kursus jati diri dan terlibat secara lansung untuk program amal kampung orang asli di Sabah selama sebulan.
“Please papa, kalau ye pun, takkan tak ada hukuman lain nak bagi. Ni program kampung macam tu Zul nak kena terlibat ke?” Tengku Zulqarnain menjeling tidak puas hati kepada papanya. Tidak terlintas di fikirannya untuk terlibat dengan program amal sebegitu yang jauh bertentangan dengan sikap dirinya. Hatinya seperti digeletek. Tengku Zulqarnain, merangkap pengurus kedua terbesar Mega Holdings terlibat program amal kampung. Lucu baginya.
“Cakap lah apa-apa pun papa tak peduli. Yang penting tiket dah book. Kemas apa yang patut balik nanti, esok pukul 9.30 pagi Zul dah kena berlepas.” jawab Tengku Sufri lalu meninggalkan Tengku Zulqarnain yang masih terpinnga-pinga di bilik pejabatnya.
“Aku akan pastikan aku takkan pergi. Lantaklah apa nak jadi” Dia menghempas tubuhnya ke kerusi kemudian lansung terlelap.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Zul bangun, kan kena pergi  Sabah hari ni?” Tengku Mardhiah mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali.
“Kenapa mama? Zul  ngantuklah...Baru pukul 7..masuk office pukul 9..” Tengku Zulqarnain muncul di muka pintu. Wajahnya kusut masai baru bangun tidur. Bingit telinganya apabila pintu bilik diketuk berkali-kali.
“Zul jangan nak buat-buat lupa pulak, hari ni kan kena pergi Sabah. Baik Zul cepat siap. Dah lewat ni. Flight pukul 9.30 kan? Membebel pulak papa tu karang”  Tengku Mardhiah mengingatkan. Tahu sangat perangai anak tunggalnya yang selalu buat-buat lupa. Selepas itu Tengku Mardhiah berlalu ke dapur.
“Argh damn!” Tengku Zulqarnain mencampakkan bantal goleknya ke lantai. Silapnya juga bangun lewat pagi ini. Rancangannya untuk ke rumah Armand sepatutnya awal subuh tadi tak menjadi. Terpaksalah juga dia pergi memandangkan papanya akan menghantarnya sekali ke airport.
Setelah siap mandi Tengku Zulqarnain terkocoh-kocoh mengemas pakaiannya. Apa yang dicapai semuanya disumbat ke bagasi. Matanya mengerling jam di dinding. Tepat 7.30 pagi. Selesai mengemas, t-shirt polo hijau lumut dan jeans segera disarungkan ke tubuhnya. Tidak dilupa jel rambut disapu ke rambut. Pantang ke mana sahaja, rambut wajib terpacak.
“Breakfast cepat sikit, dah lewat ni. Bangun tak pandai nak awal. Subuh entah ke mana.” Tengku Sufri mengomel apabila anaknya sudah ke meja makan. Tengku Zulqarnain mencebik lalu duduk dan menikmati sarapan tergesa-gesa apabila papanya mula meninggalkan meja makan.
“Berapa lama kat Zul kat Sabah? Harap-harap balik nanti perangai anak mama ni dah berubah lah” soal Tengku Mardhiah dan sempat lagi memerli.
“One month. Tak de apa yang berubah ma, makin sakit hati ada lah.” jawab Tengku Zulqarnain lalu meneguk air. Tengku Mardhiah hanya menggeleng dengan sikap Tengku Zulqarnain yang memang semulajadi keras kepala itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hampir 2 jam perjalanan penerbangan akhirnya Tengku Zulqarnain tiba di tapak kursus yang dimaksudkan. Setahunya selama  2 minggu dia akan terlibat dengan kursus jati diri diikuti dengan 2 minggu program amal di kampung orang asli yang tidak jauh dari bandar Sandakan itu. Mulutnya mencebik melihat tapak kursus tersebut yang seolah-olah kekurangan fasiliti. Hanya terdapat 2 buah dewan seperti balai raya, tapak kantin serta 2 bangunan asrama kayu.
Dia masih terkial-kial. Tidak tahu mahu melakukan sesi pendaftaran di mana. Seorang pun masih tak kelihatan. Setelah puas berlegar di sekitar kawasan, dia ternampak seorang gadis  berbaju kurung  sedang duduk di gazebo. Dia yakin itu salah seorang peserta sepertinya memandangkan terdapat beg besar di sebelah.
“Hello, u terlibat jugak ke? Nak daftar dekat mana ni?” soal Tengku Zulqarnain setelah menghampiri gadis itu.
“Ya encik. Tak pasti nak daftar dekat mana. Sepatutnya kita kena register kat  dewan utama ni tapi tak nampak lagi siapa-siapa” jawab gadis tersebut memandang Tengku Zulqarnain yang menghampirinya. Tengku Zulqarnain lantas duduk. Cermin mata hitam yang dipakainya disangkut ke baju.
“Macam mana management diorang buat kerja ni? Ni lah janji manusia. Susah betul nak punctual!” Tengku Zulqarnain membebel. Sudahlah hatinya panas untuk terlibat sama. Ditambahnya pula kelewatan pihak penganjur.
“Nama saya Dahlia, nama encik?” Gadis tersebut memperkenalkan dirinya. Dia hanya tersenyum  mendengar lelaki itu membebel. Kalah mak nenek.
“Tengku Zulqarnain. Second Manager  Mega Holding, syarikat developer terbesar kat KL. Pernah dengar kan?  U mesti terkejutkan orang macam I ni join benda-benda kelakar macam ni” jawab Tengku Zulqarnain tersenyum sinis. Berlagak nadanya.

“Oh, familiar la dengan nama syarikat tu. Tapi saya tak pelik pun orang macam Encik ni terlibat dalam program bagus macam ni. Tak salah siapa-siapa pun nak buat kerja amal. Tak mengira pangkat atau status” jawab Dahlia masih tersenyum. Sengaja dia ingin membuka minda lelaki di hadapannya yang terlalu bersikap kasta. Tengku Zulqarnain sedikit tercabar dengan sikap Dahlia yang bersahaja. ‘Ah, perempuan ni tak kenal lagi aku siapa.’
“Cik bunga Dahlia ni kerja dekat syarikat mana? CEO ke?” soal Tengku Zulqarnain lebih kepada memerli. Biar padan muka dia.
 “Correction, nama saya Dahlia. Bukan bunga Dahlia. Saya orang biasa-biasa je, tak berpangkat macam Encik Zulqarnain. Saya cikgu sekolah rendah.” jawab Dahlia. Dia mula sakit hati melayan sikap lelaki yang baru dikenalinya kini. Baru je kenal dah tunjuk lagak. Tengku Zulqarnain mengangguk sambil tersenyum sinis. Dia membelek tentatif program yang sepatutnya bermula pukul 12.30. Jam di tangannya sudah hampir ke pukul 1 petang. Dia merengus geram.
“Encik, dan cik terlibat dengan kursus ni ya? Maafkan saya sebab ada pertukaran tempat pendaftaran. Dekat dewan belakang sana. Semua peserta dah ada kat sana,” Tiba-tiba mereka ditegur seorang lelaki berpakaian formal yang bertugas. Wajah Tengku Zulqarnain sudah merah menahan marah. Sepatutnya terdapat pihak yang pantau peserta yang datang. Jelas kursus tersebut banyak cacat cela baginya.
“Ok Encik,” jawab Dahlia mula mengekori lelaki terseebut disertai Tengku Zulqarnain
“Macam mana you all buat kerja ni? Kalau dah tahu change place, guard la, tak pasal-pasal kena tunggu lama-lama!” Tegur Tengku Zulqarnain memasamkan muka.
“Maafkan kami encik, kami tak cukup petugas. InsyaAllah lain kali tak berulang lagi” Lelaki tersebut meminta maaf. Setibanya di dewan yang dimaksudkan mereka  mula mendaftarkan diri.
“Encik Zulqarnain dengan Cik Dahlia akan terlibat dalam 1 kumpulan. Kumpulan Encik dan cik nombor 12 ya,” kata salah seorang petugas wanita di situ lantas menyerahkan  fail. Tengku Zulqarnain hanya mengangguk malas. Dahlia pula merungut di dalam hati. Terpaksa lah dia melayan sikap berlagak lelaki itu sepanjang kursus ini. Mereka kemudiannya diberi taklimat serba sedikit. Jumlah peserta kseluruhannya 20 orang. Tidak ramai mana kerana penyertaan kursus yang terhad. Satu kumpulan pula terdapat 2 orang ahli.
Selesai taklimat, mereka bergegas check-in di bilik masing-masing yang bertempat di blok kayu.
“Cik Bunga Dahlia, don’t forget to meet again at 2 o’clock.  Please be punctual! From now,  I’m your leader.” Tengku Zulqarnain masih sempat berpesan sebelum menuju ke bilik.  Dahlia hanya mencebik. Geram Tengku Zulqarnain masih mempermainkan namanya.  Tengku Zulqarnain tersenyum puas. ’Jaga lah kau Dahlia, nanti kau tahu lah siapa Tengku  Zulqarnain,’ ucapnya di dalam hati. Sekurang-kurangnya tidak lah dia bosan sangat sepanjang kursus di sini. Ada orang yang nak dikenakannya. 


CERPEN SUKA SUKI^^

IZINKANKU MENCINTAIMU

Irzhan merenung tajam  ke arahku. Aku faham sangat maksud yang ingin disampaikan melalui pandangan matanya tu. Aku mengangkat bahu pura-pura tidak tahu.
“Please be serious  Damiya, it’s not joke!” Irzhan meninggikan suaranya. Sakit hatinya melihat aku  yang seolah-olah tidak ambil pusing dengan apa yang telah berlaku. Dia kemudiannya merengus perlahan. Badannya disandar ke kereta Mitsubishi lancer  hitam miliknya sambil memeluk tubuh. Dia memejamkan matanya seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
“Damiya tak tahu Abang Irzhan, sedar-sedar tadi ibu bagitahu mereka dah aturkan semua, sumpah Damiya tak tahu apa-apa!” aku yang sejak dari tadi diam mula mengeluarkan suara yang seperti tersekat di kerongkong. Dia yang mendengar jawapanku terus membuka mata. Pandangannya tepat memanah ke mataku seolah-olah terkejut. ‘Kenapa pulak dengan dia ni, macam nak telan orang je.’ Hatiku memberontak tidak senang.
“So, Damiya setuju lah dengan keputusan ibu? tak nak bantah lansung?” soal Abang Irzhan membulatkan matanya. Terkejut dengan tingkahku yang menganggap perkahwinan seperti perkara yang main-main.
“Damiya ikut je keputusan ibu. Damiya tak nak jadi anak derhaka, dan…Damiya yakin dengan pilihan ibu akan memberi kebahagiaan pada hidup Damiya.” lancar aku berkata-kata. Aku menjawab yakin sedangkan hakikatnya aku menderita dengan keputusan ibu. Abang Irzhan..kalaulah kau mengerti.
“But you too young to be a wife” jawab Irzhan. Nadanya tidak setinggi tadi.
“Damiya dah tak ada siapa lagi selain ibu. Lagipun Damiya dah habis belajar. I’m 20 years old now. Not too young right?Tak ada beza dengan umur Abang Irzhan 24 tahun,” Aku pura-pura senyum meskipun aku tahu lawak aku tak menjadi. Irzhan lansung tidak menunjukkan riak lega di wajahnya dengan jawapanku. Aku tidak faham sebenarnya, kenapa dia beria-ia menentang pernikahanku  sehinggalah dia membawaku ke tasik ini untuk berbincang. Alasannya aku masih muda untuk bernikah.
“Who the lucky guy?” soalnya bersungguh. Aku menggeleng tidak tahu. Sungguh aku berasa agak bodoh kerana tidak ambil tahu dengan siapa aku bakal menikah nanti. Tapi bukankah itu tidak salah di sisi Islam? Dia tersenyum sinis seolah tidak menyangka sikap aku yang tak bersungguh sampai ke tahap itu. Tahap yang tidak disangka-sangka!
“Stupid lady!” aku masih menangkap ungkapan itu dari bibirnya meskipun tidak berapa jelas.
“ Let’s go home,” arah Irzhan lalu masuk ke kereta. Aku pelik dengan sikapnya. Hanya itu sahajakah tujuannya untuk berjumpa dengan aku petang ni? Menanyakan kesanggupan aku untuk menerima lelaki yang aku tak kenali dalam hidupku. Aku akui Abang Irzhan seorang sepupu yang baik dan sangat mengambil berat. Sejak abah meninggal dunia setahun yang lalu, dia lah antara sepupu yang paling banyak mengambil berat tentangku memandangkan dia antara sepupu yang paling tua.
“ Itu je ke tujuan Abang Irzhan nak jumpa dengan Damiya petang ni?” aku menyoal memandang wajahnya yang mencuka sejak tadi. Tiba-tiba dia menarik pedal minyak membuatkan aku tersentak. Bunyi hon kereta belakang sudah mula bingit. Aku mengurut dada.
“Abang Irzhan nak sangat ke mati?!” aku menjerit geram. Geram dengan tindakannya yang tidak kuduga. Sememangnya aku tidak faham kenapa dia bersikap dingin denganku semata-mata kerana aku bersetuju untuk bernikah awal.
“This is my car, shut up your mouth or you can leave it and take any taxi out there!” jawabnya memandangku. Pandangannya berapi-api menahan kemarahan. Tak tahu apa yang ingin dimarahkan sangat.
Aku terkejut dengan jawapannya. Inikah Abang Irzhan yang selama ni aku kenal?aku menahan sendu. Tanpa disedari air mata mula bergenang di pipi. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Auntie Sofea kami hanya diam seribu  bahasa melayan perasaan masing-masing.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sebulan lagi aku bakal melansungkan pernikahanku dengan lelaki yang tak pernah aku kenali dan cintai. Tapi, pernahkah aku mencintai sesiapa sebelum ini? Aku tak pernah cinta, tapi hanya sayang. Ya, sayang kepada Abang Irzhan sebagai seorang abang. Dalam tempoh sebulan ini pelbagai persiapan sudah dibuat termasuklah mengedar kad pekahwinan, membeli barangan hantaran serta menempah persalinan pakaian pengantin. Menurut ibu, sewaktu menempah persalinan pakaian nantilah aku akan bertemu dengan bakal suamiku. Meskipun hatiku berdebar-debar namun aku seolah-olah tidak berminat untuk mengenal lebih lanjut tentang bakal suamiku semenjak apa yang telah Abang Irzhan lakukan kepadaku tempoh hari. Aku seperti melukai hatinya. Tetapi atas sebab apa aku perlu rasa bersalah? Aku mulai kesal dengan  perasaan aku yang mula was-was dengan perkahwinan ini.
“Ibu, Damiya rasa mampu ke Damiya jadi isteri orang ni?” soalku sejurus selepas makan malam di rumah Auntie Sofea. Soalanku sebenarnya lebih kepada ingin memujuk ibu membatalkan majlis tersebut. Tapi sanggupkah aku melihat semua orang terluka semata-mata ingin menyenangkan hati Abang Irzhan seorang?
Sejak pengumuman ibu dan Auntie Sofea mengenai pernikahan aku, mereka bercadang untuk membuat majlis tersebut di rumah Auntie Sofea kerana lebih mudah untuk mengumpul saudara-mara dari jauh memandangkan rumahnya yang berada di Kuala Lumpur manakala rumahku terletak di selatan tanah air. Aku lagi bertambah kaget kerana akan selalu bertembung dengan Abang Irzhan di rumahnya itu.
“InsyaAllah Damiya. Ibu yakin dengan anak ibu. Kalau Damiya nak tahu, arwah abah nak sangat Ustaz Khairul anak Imam Arsyad tu jadi menantu abah. Maklumlah, Damiya tahu kan pilihan menantu abah macam mana?” ibu tersenyum menjawab soalanku sambil mengusap bahuku. Ketika itu kami berbual di bilik ibu. Aku sudah tahu perihal itu sepertimana ibu pernah ceritakan kelmarin. Rupa-rupanya sebelum ini ibu dan arwah abah sudah merisik-risik calon menantu tunggal mereka, dan permintaan daripada Ustaz Khairul juga untuk menyuntingku sebagai seorang isteri bulan lepas kerana tidak lama lagi dia akan mula bertugas di  Universiti Yarmourk, Jordan sebagai pensyarah Ekonomi  Perbankan Islam di sana. Aku hanya tersenyum dengan jawapan ibu. Entah kenapa aku tidak tergamak untuk menyatakan hasratku yang sudah berkobar-kobar sejak tadi. Mungkin ini jodohku. Aku pasrah dan aku yakin dengan ketetapan Allah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“So, its him? Lucky man” tiba-tiba suara Abang Irzhan menerjah ke telingaku ketika aku berehat di buaian hadapan rumah Auntie Sofea. Aku lantas berpaling. Aku akui semakin lama aku semakin meluat dengan sikapnya yang seolah-olah mencabarku. Mata Abang Irzhan masih merenung Ustaz Khairul yang sejak dari tadi berbual dengan Uncle Zamani dan saudara yang lain di dalam rumah.   Dua minggu lagi majlis pernikahan kami dan sebab itulah kehadirannya ke rumah sejak petang tadi untuk menguruskan apa yang patut dari pihak lelaki, tambahan lagi hujung minggu ini majlis pertunangan akan dilansungkan. Untuk pertama kali aku melihatnya, hati wanitaku mengakui dia sememangnya seorang yang segak dan tampan. Berkulit putih merah dan sejuk mata memandang. Sesuainya dengan ‘title’nya seorang ustaz.  Kali pertama kami bertentang mata dia hanya tersenyum seketika tanda hormat dan menundukkan pandangannya. Cukup sopan caranya sehinggakan aku merasa tidak layak untuk bertakhta di hatinya.
“Saya rasa lebih baik Abang Irzhan jangan duduk dekat sini, nanti apa orang cakap?” aku mula tidak senang dengan sikapnya yang mula mengambil tempat di sebelahku. Sejak Ustaz Khairul tiba ke rumah ini lagi aku sudah mula perasan sikapnya yang tidak senang duduk. Panas punggung!. Aku lantas bangun dari buaian apabila Abang Irzhan tidak menghiraukan kata-kataku sebentar tadi.
“Abang tak habis cakap lagi,” ucapnya seolah memintaku peluang untuk berborak seketika dengannya. Namun aku masih waras. Masakan aku hendak berdua-duaan dengan lelaki lain di sini sedangkan bakal suamiku berada di dalam rumah itu? Abang Irzhan sudah tak waras agaknya. Hatiku mula memberontak. Aku lantas meninggalkan Abang Irzhan yang jelas kecewa di wajahnya.
Aku membuat keputusan untuk berehat di bilik sementara menanti kepulangan Ustaz Khairul dari rumah Auntie Sofea. Aku merenung baju pernikahan berwarna putih bermanik dan labuci yang sudah tergantung di almari. Aku menghampiri dan menyuakan ke tubuhku. Segera aku mengambil foto arwah abah di meja solek. Aku cium berkali-kali. “Anak abah dah nak kahwin, kalau lah abah ada lagi..hmm.. Anak abah ni janji akan jadi anak dan isteri yang solehah” aku bersuara perlahan masih merenung foto abah. Tiba-tiba deringan mesej dari telefon bimbitku mengejutkan lamunanku.
“Forgive me about last month, we need to talk”  mesej yang ku terima dari Abang Irzhan. Sudah sebulan peristiwa di tasik itu berlalu, namun baru malam ini dia ingin memohon maaf. Bukan sejak peristiwa itu sahaja aku makan hati dengan sikapnya, malah sejak aku melalui hari-hariku di rumah ini dia sudah mengasingkan dirinya dariku dan menganggap aku sudah tidak wujud lagi dalam hidupnya.
“What do you trying for? We  no need to talk,” jawabku membalas pesanan ringkasnya. Aku semakin rimas dengan sikapnya seolah-olah cemburu. Cemburu? Aku tidak tahu.
“ Please give me a moment to say something before you get MARRIED soon,” balasnya tidak lama kemudian. Aku hairan apabila dia membesarkan perkataan kahwin di ayat tersebut. Aku hanya membiarkan mesejnya tanpa berbalas. Aku mahu merehatkan fikiran. Aku tidak mahu diganggu dengan bayang Abang Irzhan lagi dalam detik aku akan bergelar isteri orang nanti. “Ya Allah kuatkan hatiku!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 “Damiya kau ok ke?” soal Musliha ketika menemaniku di bilik. Aku sudah bersedia untuk menunggu bakal ibu mertuaku menyarung cincin di jariku seketika nanti. Tidak dapat dinafikan hatiku berdebar-debar saat ini. Sebentar sahaja lagi aku bakal bergelar tunangan orang.
“Aku ok, insyaAllah..Tapi agak nervous,” jawabku memandang Musliha. Tanganku makin kuat menggengam tangan sahabat baikku yang sejak dari tadi tidak jemu mententeramkan perasaanku.
“Are you sure? tangan kau sejuk sangat ni, dah macam mayat dah,”  tegur Musliha lalu ketawa mengekek.  Aku  hanya menjeling Musliha sambil tersenyum.
“Kau relaks lah k, kejap lagi masuk lah bakal mak mertua kau tu, just hulurkan tangan je, sarung cincin,” Musliha cuba menenangkanku yang sudah berdebar sejak dari tadi.
“Bukan sebab tu Mus, lepasni ‘title’ aku tunang orang. Entahla, rasa sedih la pulak nak tinggalkan zaman bujang ni,” ucapku. Aku cuba sedaya upaya menahan air mataku yang ingin keluar.
“La kau ni, janganlah cakap macam tu, insyaAllah kau boleh tempuhinya  ok, eh please don’t be cry Damiya, habis make-up tu karang,” aku tersenyum melihat keletah Musliha yang beria-ia mengelap wajahku yang memang sejak dari tadi tiada apa yang perlu diperbetulkan.
Beberapa minit selepas itu, muncul Puan Hasmida, bakal mertuaku bersama ibuku dan tetamu perempuan yang lain. Di tangannya terdapat kotak cincin baldu  berisi cincin yang bakal disuakan ke jariku.
“Damiya dah sedia?” Soal Puan Hasmida sejurus selepasku bersalam dengannya. Ibu di sisiku tersenyum sambil menepuk bahuku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Seolah aku kehilangan kata ketika ini. Kemudian cincin emas putih itu disarungkan ke jariku oleh Puan Hasmida. Dengan itu sahlah aku menjadi tunangan orang. Selepas itu aku berpelukan dengan Puan Hasmida dan ibu. Kali ini air mata yang kutahan sejak tadi tumpah juga akhirnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Irzhan, aku tengok muka kau ni dah macam ayam berak kapur, kenapa?” tegur Amirul ketika masuk ke bilik sahabat baiknya itu sambil menghulurkan fail di tangannya kepada Irzhan. Irzhan hanya menggeleng dan menyambut fail dan membeleknya sekali imbas. Seketika kemudian mencampakkan ke atas meja.
“Hey! what’s wrong with you dude? Kalau ada apa-apa problem, story lah kat aku, apa susah? Ni muka dah macam mayat hidup aku tengok” ujar Amirul lalu mengambil tempat duduk di hadapan Irzhan. Irzhan meraup wajahnya beberapa kali. Walaupun dalam keadaan serabut begitu, wajahnya tetap tampan.
“Adik sepupu aku kahwin next week,” jawab Irzhan sambil menongkat dagunya dengan kedua-dua tangannya. Matanya tepat memandang Amirul seolah-olah mahu melihat reaksi sahabatnya itu.
“Wah, yeke? Tahniahlah,Tak nak jemput aku ke? So, apa masalahnya?” ujar Amirul tersengih.
“Kau fikir dah terlambat ke aku nak rebut dia?” soal Irzhan terus terang tanpa berselindung. Cukuplah egonya selama ini memakan diri.
“Are you crazy?! Hey man, kau dah lama  ke cintakan dia ke? Dia dah nak kahwin kot!” soal Amirul terkejut dengan jawapan Irzhan. Dia semakin berminat untuk  mendengar luahan sahabatnya kali ini.
“Aku tak sedar bila aku sukakan dia, and last week dia dah sah jadi tunang orang. Next week pulak as a wife. Entahlah, too late aku baru sedar.” ucap Irzhan lalu melonggarkan tali lehernya dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Wajahnya bertambah kusut.
“Aku tak dapat nak tolong la Irzhan.. Dia dah nak kahwin, and you as her cousin compulsory to support her. Tak baik meruntuhkan orang nak buat masjid ni, ingat tu,” Amirul mula serius. Dia bimbang sekiranya Irzhan salah membuat pertimbangan.
“Itu aku tahu, tapi aku buntu. Jiwa aku sakit sekarang ni. Tu lah, bodoh aku kan, sebelum ni tak nak berterus terang. One thing, aku mane aspect dia kahwin awal, baru 20 tahun kot,” Irzhan menambah. Dia bermain dengan pen di jarinya.
“Wait,wait! Eh ni cousin kau yang mane satu ni Izrhan?Her name?” soal Amirul ingin tahu.
“Damiya Humaira’ ”
“Damn! Aku dah agak kau sukakan dia, pesal kau tak terus terang,now kau tanggung lah sendiri,”
“Argggh!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
22 Mei 2008, tarikh  yang kusangkakan bakal mengakhiri zaman bujangku berakhir dengan tragedi yang tidak kuduga. Hasratku untuk menjadi permaisuri seorang lelaki yang mulia bernama Ustaz Khairul tidak tercapai lantaran dia terlebih dahulu menerima seruan Ilahi. Ustaz Khairul maut dalam kemalangan ketika  dalam perjalanan untuk ke rumah Auntie Sofea semasa hari sepatutnya kami dinikahkan. Selepas membaca yassin untukku hadiahkan padanya malam itu, aku menanggalkan telekungku dan menyangkutkannya di penyidai.
“Damiya,” telingaku disapa lembut dengan panggilan itu. Tanganku diraih lembut lantas dikucup penuh syahdu. Setitis air mataku akhirnya jatuh jua di pipi.
“Kenapa menangis ni sayang?”  Abang Irzhan segera menyeka air mataku dengan ibu jarinya. Dia lantas memelukku dan memimpin tanganku ke birai katil. Kini sudah genap setahun peristiwa itu berlalu dan genap juga setahun aku menjadi isteri Abang Irzhan. Jodoh kami kuat rupanya.
Masih aku terbayang semasa beberapa hari kematian arwah. Aku hanya murung dan jarang bercakap. Semangatku seolah-olah terbang. Meskipun aku tidak cintakan arwah Ustaz Khairul tapi cintaku  mula bercambah semenjak bergelar tunangnya. Ketika itulah Abang Irzhan banyak memberiku kekuatan. Dia kembali menjadi Abang Irzhan yang kurindui dahulu. Seorang abang yang amat mengambil berat. Sedikit sebanyak hatiku terisi semula. Dalam keadaan aku yang sebegitu, Abang Irzhan melamarku untuk menjadi permaisuri hatinya. Bukan sebab mengambil kesempatan ke atas apa yang terjadi dalam hidupku tetapi atas nasihat keluarga terutamanya ibu dan Auntie Sofea bagi mengelakkan fitnah tentang hubunganku dan Abang Irzhan. Kami akhirnya dinikahkan 3 minggu selepas itu. Ketika itu baru aku tahu Abang Irzhan sudah lama memendam perasaan terhadapku.
“Sayang abang ni menungkan apa lagi ni?” Abang Irzhan mengejutkan lamunanku. Dia menarik hidungku. aku tersenyum memandangnya. Seketika mata kami bertaut.
“Abang, terima kasih sebab sudi bahagiakan Damiya.” ucapku membalas genggaman tangannya kemas. Abang Irzhan tersenyum bahagia.
“Ssyy..abang sepatutnya ucap terima kasih pada sayang, kerana sudi terima abang, dan segala kelemahan abang. Abang tak sempurna, jadi Damiya kenalah sempurnakan abang,” tambah  Abang Irzhan memandang tepat ke mataku. Aku terharu mendengarnya.
“Kita kenalah saling melengkapi,” ujarku tersenyum. Abang Irzhan lantas memelukku kemas. Tangannya tiba-tiba meliar ke sekitar perutku dan diusapnya perlahan.
“And somebody here will complete us”  bisik Abang Irzhan lembut di telingaku. Aku tersenyum bahagia. Semoga kebahagiaan ini berkekalan selamanya.


Sunday, April 10, 2011

EKUINOKS CINTA


  EKUINOKS CINTA    BAB 3
”Hariz,meeting  dengan client dari Projek Indah petang ni  batal tau! Ni arahan Luqman..” Iskandar  yang tiba-tiba menerjah di pintu mengejutkan Hariz yang leka menaip tugasnya. Hariz Mukhriz yang masih terkejut dengan sergahan Iskandar  itu lantas memandang dan mengerutkan dahi.
“Kau ni Is tak reti ketuk pintu dulu ke?Bagi salam la dulu.Aku boleh dapat lemah jantung kalau selalu macam ni tau tak?” tegur Hariz lantas mengisyaratkan Iskandar supaya masuk. Iskandar tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun.  Sejak hampir setengah tahun bekerja di syarikat abahnya, Iskandar yang merupakan timbalan pengurus bahagian senireka dalaman itu lah yang paling rapat dengannya dan banyak memberi tunjuk ajar. Meskipun Hariz Mukhriz adalah ketuanya, namun sikap Hariz Mukhriz yang tidak malu bertanya dan selalu berendah diri itu membuatkan mereka mudah bekerjasama.
“Kenapa Luqman batalkan? Bukan ke client nak urgent ke pelan baru tu? Dia tak cakap apa-apa pulak kat aku suruh batalkan meeting,” ujar Hariz Mukhriz lantas menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia naik hairan dengan sikap Luqman yang kerap membatalkan apa-apa mesyuarat sejak akhir-akhir ini. Malah tidak memberitahunya terlebih dahulu. Pernah dia usulkan ketidakpuasan hatinya sebelum ini kepada Luqman, namun alasan yang diberikan ialah syarikat belum habis menapis dan menyemak pelan yang dibuat oleh dirinya. Sedangkan pelan rekaan dalaman projek itu telahpun diluluskan bahagian pentadbiran jabatannya sebulan yang lalu.
“Entah, aku pun tak tahu. Takkan lah adik kau tak cakap apa-apa kat kau. Kau ni harap je duduk serumah, satu bumbung. Hairan la aku. Ha ni lagi satu, aku jarang nampak dia kat office, nak kata outstation, haritu  bukan ke baru balik dari Kangar?” soal Iskandar setelah mengambil tempat duduk di hadapan Hariz Mukhriz.
“Mr. Ling tu dah tahu ke pasal pembatalan ni?” soal Hariz Mukhriz sambil membelek kad-kad client yang berada dalam simpanannya di atas meja. Tujuannya untuk menghubungi pihak client untuk meminta maaf. Reputasi syarikat harus dijaga.
“Dah tahu dah, Luqman dah call diorang. Ni pun Maria bagitahu aku, dia kata Luqman tak nak tanggung risiko depan client kalau plan yang kau buat tu tak dapat approval dari department,” jawab Iskandar. Hariz Mukhriz memandang Iskandar dengan senyuman nipis. Dia kembali menyimpan kad-kad client yang dibeleknya sebentar tadi.
“Aku rasa ada something wrong dengan Luqman. Department dah approve pelan aku tu since last month. Tak ada apa-apa perlu nak kena repair. Kalau ada mestilah Department direct call kat aku. Tak apa lah, balik rumah nanti aku slowtalk tanya  dia apa problem nya lagi. Aku bukan apa, pelan tu nak kena bagi kat client cepat. Due date pelan diorang minggu ni actually. Nahas la kena aim dengan client. Nanti buruk reputasi syarikat kita,” ujar Hariz  Mukhriz sambil menyambung tugasnya yang  masih berbaki tadi.
“Kau ngan Luqman ada masalah ke? Jangan bawak masalah sampai tempat kerja Hariz,” soal Iskanda bimbang.
“Ok je, tak ada apa-apa masalah pun setahu aku kat rumah. Tak ape lah,  I’ll ask for him. Nak jumpa kat office pun batang hidung pun susah nak nampak.”  Hariz Mukhriz memandang sekilas Iskandar. Tangannya ligat menekan kekunci komputer. Manakala matanya tidak lepas memandang skrin komputer.
“Baguslah kalau macam tu. Aku tak nak kalau korang adik beradik ada problem kat luar sampai bawak masuk pejabat. Ok lah aku chaw dulu ek, kau proceed la kerja kau tu. Aku tak nak ganggu. “ ujar Iskandar lalu bangun dan menepuk bahu sahabatnya itu. Hariz Mukhriz mengangguk tersenyum dan memandang Iskandar hingga hilang di balik pintu. Hariz Mukhriz menyandar ke kerusi. Matanya dipejam rapat. Tumpuan pada kerjanya semakin hilang. Dia mengeluh berat.  “Apa silap along pada angah sebenarnya?” dia berbisik sendiri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Selesai makan malam bersama keluarga, Hariz Mukhriz pergi mendapatkan Luqman Hakim yang sudah menaiki tangga untuk  masuk ke biliknya. Tidak dapat dinafikan sejak pulang dari rumah Mak cik Sumaiyyah, hubungan mereka adik beradik semakin dingin. Luqman Hakim yang terkenal dengan sikap yang peramah sering mengasingkan diri daripadanya malah begitu juga dengan keluarga. Pada mulanya dia hanya bersangka baik dengan perubahan adiknya kerana mungkin disebabkan  dengan tugas pejabat yang banyak. Namun kali ini Hariz Mukhriz mahu mendapatkan penjelasan dari Luqman Hakim.
“Angah, dah nak tidur ke?  Ada perkara Along nak bincang, jumpa kat depan kejap” Hariz Mukhriz menegur adiknya yang mula melangkah ke tangga. Luqman Hakim segera berpaling apabila mendengar suara Hariz Mukhriz.
“ About what? Angah ada proposal nak kena siapkan ni,” jawab Luqman Hakim masih berdiri di tangga.
“Don’t worry, sekejap aje Along nak cakap. Hurry up. Along tunggu kat gazebo depan rumah,” jawab Hariz Mukhriz lalu meninggalkan Luqman Hakim yang masih terpinga-pinga. Dengan langkah malas dia menurut juga arahan abangnya. Sengaja Hariz Mukhriz mahu berbincang di luar rumah. Dia tidak mahu ibu dan abahnya risau sekiranya masalahnya adik beradik dihidu orang tua mereka tambahan lagi pasal syarikat.
“Along cakap sekejap je kan? Angah nak siapkan summary projek kat Tioman tu, esok nak kena present kat depan Datuk Rasydan” Luqman Hakim mengambil tempat berhadapan abangnya setibanya  di gazebo.
“ Ye angah, Along just nak tahu kenapa meeting dengan Mr. Ling petang tadi nak kena cancle? Jangan  amalkan selalu cancle last minute, nanti client senang angkat kaki,” Hariz Mukriz bernada tenang. Harapannya biarla segala masalah dapat diselesaikan pada malam ini.
“Oh..sebab tu rupanya. Angah dah bagitahu pada Maria kan mintak sampaikan kat Along and Iskandar, dia ada cakap tak?” jawab Luqman Hakim bersahaja dan memeluk tubuhnya.
“Ye dia dah sampaikan pada Along. Ni pun tahu dari diorang lah. Persoalannya kenapa nak batalkan meeting? Pelan tu dah approve by department. So, tak ada sebab kukuh angah nak cancle.” Hariz Mukhriz menambah lagi.
“Erm, I think that plan not too enough for their satisfy. So, kena re-do balik. Even dah ada approval by department, if have any idea to make as addition tak salah kalau kena buat balik” jawab Luqman Hakim tidak menghiraukan wajah abangnya yang sudah berkerut.
“Apa lagi nak kena tambah? Along dah buat apa yang  Mr. Ling dah arahkan and sepatutnya petang tadi diorang dah boleh cek that plan Angah. Benda ni dah lama delay, sepatutnya apa-apa perubahan kena inform Along dulu,” Hariz Mukhriz mula bertegas dengan sikap Luqman Hakim yang sambil lewa dalam soal client dan suka mengubah tanpa pengetahuannya.
“Ok, sorry k, Angah tak sempat nak bagitahu  Along sebab  busy sangat  sekarang. But I think dah ada orang dah take over to repair that plan. So, apa-apa nanti Along rujuk dia ok, k lah Angah naik dulu, goodnight!” jawab Luqman Hakim lalu meninggalkan abangnya yang masih terpinga-pinga.
“Angah, Along tak habis bincang lagi, kenapa ada orang take over?!” Hariz Mukhriz terkejut lalu berdiri. Dia terkilan dengan sikap Luqman Hakim terhadapnya. Namun Luqman Hakim terlebih dahulu pergi meninggalkannya. Hariz Mukhriz meraup wajahnya berkali-kali dan beristighfar dalam hati. Masalah  baginya menjadi semakin rumit.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Hariz Mukhriz menonong masuk ke bilik Iskandar. Panggilan ibunya tadi menyebabkan dia terpaksa bercuti pada hari ini.
“ Is, aku ada urgent hari ni, ibu aku call tadi kata kawan ibu aku  kat Dungun tu tenat kat hospital. Kalau ada client nak datang jumpa or any calls masuk kau handle or just passing to my secretary ok,aku pergi dulu Assalamualaikum.” Iskandar mengangguk tanda mengerti. Hariz Mukhriz segera bergegas memandu keretanya menuju ke KLIA. Ibu dan abahnya juga perjalanan ke sana. Doanya dalam hati agar Mak cik Sumaiyyah dalam kedaan baik.
“Assalamualaikum ibu, abah! Hariz dah booking tiket pukul 10.30 pagi. Luqman tak dapat pergi sebab dia ada presentation hari ni,” ucap Hariz Mukhriz  mengah setelah tiba di hadapan Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Encik Mustaza mengangguk. Hariz Mukriz mengambil tempat di sebelah ibunya. Puan Latifah masih terkejut dengan berita dari Annesa yang menelefonnya pagi tadi mengatakan ibunya tenat selepas terjatuh di dalam bilik air subuh tadi. Hariz Mukhriz memegang tangan ibunya cuba menenangkan.
“Ibu sabar ye, kita doakan yang terbaik untuk Mak cik Sumaiyyah, InsyaAllah semuanya selamat,”
Puan Latifah mengangguk senyum memandang Hariz Mukhriz. Hatinya sedikit tengan dengan tingkah anak sulungnya itu.Doanya tiada apa yang buruk terjadi pada Sumaiyyah.
Seketika kemudian mereka menuju ke balai kemasukan. Sebentar lagi penerbangan mereka ke Dungun akan berlepas.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Setelah tiba di Hospital Besar Dungun, mereka  bergegas ke kaunter dan menuju ke wad  yang ditempatkan Sumaiyyah. Setibanya di wad, kelihatan Aneesa serta beberapa kenalan jirannya sudah berada di situ. Wajah Sumaiyyah sungguh kelihatan tidak bermaya. Puan Latifah segera mengambil tempat duduk di sisi sahabatnya. Meskipun Sumaiyyah masih dalam kedaan sedar, namun dia seolah tidak mampu bersuara walaupun sedikit. Matanya hanya mampu melihat wajah-wajah yang datang menziarahinya. Menurut doktor yang merawatnya, keadaannya sudah tenat akibat kepala yang terhentak kuat di bilik air. Tambahan pula pesakit menghidapi serangan jantung. Hariz Mukhriz bersimpati dengan keadaan yang terjadi. Matanya tertancap pada wajah Aneesa yang duduk bersebelahan ibunnya. Dia tidak jemu menghadiahkan yassin kepada ibunya meskipun dalam keadaan teresak-esak.
Seketika kemudian keadaan menjadi kelam kabut apabila nafas Sumaiyyah semakin sesak, nafasnya seolah tersekat di kerongkong. Doktor yang sudah dipanggil bergegas tiba untuk memeriksa keadaannya. Aneesa meskipun dalam keadaan takut tidak jemu berbisik kalimah syahadah ke telinga ibunya berkali-kali. Kelihatan mulut Sumiayyah terkumat kamit mengucapkan kalimah syahadah dan beberapa minit selepas itu Sumaiyyah tidak bernafas lagi. Dia telah pergi dahulu menghadap Ilahi.
Puan Latifah menenangkan Aneesa yang teresak-esak menangis. Hariz Mukhriz jatuh simpati. Aneesa sudah tiada sesiapa lagi tempat untuk bergantung. Menurut ibunya, datuk dan nenek di sebelah Aneesa sudah meninggal dunia. Ibunya juga tiada saudara mara yang lain kerana ibunya anak tunggal. Manakala saudara sebelah bapa pula lansung tidak dikenali Aneesa sejak kecil lagi. Timbul persoalan di fikiran Hariz Mukhriz mengenai saudara-mara belah arwah bapanya. Mustahil kalau lansung tidak menjenguk keluarga sendiri yang sedang terlantar sakit. Dia cukup bersimpati dengan Aneesa. Puan Latifah lantas memeluk  Aneesa. Setelah berbincang dengan Encik Mustaza dan jiran yang lain, doktor membenarkan pengurusan  memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan di rumah arwah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Setelah pulang dari pusara arwah, Hariz Mukhriz duduk di ruang tamu disertai ibu dan abahnya serta Aneesa.
“Aneesa kuatkan semangat ye, kami sentiasa ada. Yang pergi biarlah pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup kita” Puan Latifah memberi semangat ketika di ruang tamu. Aneesa yang masih merah matanya hanya mengangguk dan masih sempat mengukir senyuman meskipun dalam kedaan sedih begitu.
“Aneesa, tinggallah dengan mak cik. Kami dah bertanggungjawab ke atas Aneesa sekarang.Tak ada sape-sape lagi boleh tengok-tengok Aneesa kat sini,” ujar Puan Latifah agi sambil mengusap lembut bahu Aneesa. Hariz Mukhriz merenung sayu wajah Aneesa yang duduk menghadapnya Sudahlah ayahnya sudah tiada, kini ibunya pula pergi meninggalkannya. Lagi bertambah pilu dia kini sebatang kara dan tiada sesiapa lagi. Saudara mara juga tiada.  Walaupun begitu, meskipun baru kehilangan ibu wajahnya cukup tenang dalam menghadapi ketentuan itu. Terselit rasa kagum dalam diri Hariz Mukhriz dengan ketabahan gadis itu. Aneesa yang mendengar pelawaan Puan Latifah hanya tersenyum hormat.
“Betul cakap mak cik tu, kami ni dah macam keluarga Aneesa sendiri, tinggal aje dengan kami. Bila-bila masa kalau Aneesa rasa nak balik rumah ni nanti Aneesa cakap aje pada pak cik. Yang penting sekarang, Aneesa di bawah tanggungjawab pak cik sekeluarga ” Encik Mustaza menambah.
“Erm..Aneesa nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada pak cik, makcik dan Encik Hariz sekeluarga sebab banyak ambil berat terhadap saya. Sebenarnya Aneesa teringin nak cari saudara mara belah arwah abah. Aneesa tak pernah jumpa mereka pun. Wajah arwah abah pun Aneesa tak ingat sebab arwah abah meninggal masa Aneesa kecil lagi masa tu. Nak tengok gambar pun tak ada dalam simpanan  arwah emak. Aneesa pun pelik jugak. Bila Aneesa tanya pasal atuk,nenek dan keluarga belah abah, arwah mak kata Aneesa tak ada saudara belah sana. Tapi Aneesa yakin, mesti ada walaupun seorang kan. ” Aneesa mula bercerita. Suaranya masih serak.  Hariz Mukhriz teliti mendengar suara itu bercerita.
“Kalau Aneesa nak cari mereka, nanti kami boleh tolong  carikan. Mungkin ada sebab arwah mak Aneesa tak bagitahu. Yang berlalu tu biarlah berlalu. Yang penting sekarang, Aneesa tinggal dengan pak cik dan makcik.” ujar Encik Mustaza disokong Puan Latifah. Aneesa akhirnya tersenyum mengangguk. Hariz Mukhriz lega.
“Terima kasih pak cik, mak cik, Aneesa tak tahu nak balas macam mana lagi. ” ucap Aneesa.
Aneesa terharu dengan keluarga sahabat arwah emaknya yang sudah banyak membantu  mereka. Tidak disangka masih ada lagi golongan orang kaya yang sudi bersusah payah membantu orang yang susah sepertinya.  Malam itu selepas isyak berjemaah, mereka bertolak  ke Kuala Lumpur.

“Aneesa, jemputlah masuk. Jangan malu-malu” Pelawa Puan Latifah setibanya ke perkarangan rumah. Sekelipan Aneesa kagum dengan banglo 2 tingkat tersebut. “Layak ke aku tinggal dekat sini?” Dia hanya berbicara di dalam hati. Matanya meliar melihat sekeliling halaman rumah. Terdapat taman mini dilengkapi kolam ikan dengan landskap yang cukup cantik. Terdapat gazebo dilengkapi dengan set meja makan petang. Hatinya betul-betul teruja. Dia masih berdiri di depan pintu rumah. Encik Mustaza dan Puan Latifah sudah masuk ke dalam rumah. Tidak disedari pula Aneesa masih belum masuk  dan berdiri di luar rumah sejak dari tadi.
“Kenapa? Aneesa tak sudi nak masuk ke?” Tiba-tiba Hariz Mukhriz muncul dari belakang. Dia berjenaka dan tersenyum manis memandang Aneesa.   Aneesa terasa darah naik menyerbu mukanya. “Malu! Mesti dia perhatikan aku tengok-tengok rumah ni tadi macam orang jakun.” Dia mengutuk dirinya sendiri di dalam hati.
“Eh, Encik Hariz. Ingatkan dah masuk tadi,” Aneesa sekadar berbasa-basi. Tiba-tiba beg pakaian yang masih dipegangnya bertukar tangan. Hariz Mukhriz mengambilnya dan membawa masuk ke dalam rumah. Aneesa yang terpinga-pinga sekadar mengekori dari belakang.
“Lah Aneesa..baru masuk ke, mak cik ingat dah masuk tadi.” Puan Latifah datang dari dapur sambil membantu Mak Yam membawa minuman panas ke ruang tamu.   Aneesa bersalaman dengan pembantu rumah itu setelah diperkenalkan oleh Puan Latifah. Hariz Mukhriz duduk di sofa.  Lengan kemeja biru tua yang sejak dari pagi tadi dipakai disinsing hingga ke siku.
“Aneesa mari ikut mak cik dulu, bawak beg tu sekali. Mak cik nak tunjukkan bilik. Lepas ni kita minum sama-sama dengan pak cik.”  ajak Puan Latifah lalu membawa Aneesa ke bilik tingkat atas. Mata Aneesa meliar sepanjang perjalanan ke bilik yang bakal didudukinya. Terasa asing untuk tinggal di rumah mewah tersebut. Berkali ganda lebih besar dari rumahnya yang berada di kampung.
“Ni bilik Aneesa, kalau ada apa-apa panggil aje mak cik atau mak yam ye. Ni arah kiblat” ujar Puan Latifah setelah masuk ke bilik. Puan Latifah memandang sekitar bilik sekiranya ada masih yang tidak kena. Dia mahukan yang terbaik untuk Aneesa. Dia sudah menganggapnya sebagai anak sendiri. Tambahan lagi anak arwah sahabat baiknya sendiri. Biliknya bersebelahan dengan bilik Dania. Kata Mak cik Latifah, Dania yang kini sudah  setahun mengambil kursus diploma perakaunan di UiTM itu sedang menduduki peperiksaan akhir di kampus dan akan pulang pada minggu hadapan. Sekurang-kurangnya adalah teman berbualnya nanti.
“Aneesa tukarlah pakaian dulu, nanti jangan lupa turun bawah tau. Kita makan sama-sama” ucap Puan Latifah memegang lembut bahu Aneesa. Aneesa senyum mengangguk dan menghantar Puan Latifah dengan matanya hingga hilang di sebalik pintu. Sungguh dia amat selesa dengan layanan yang diberikan oleh wanita itu sekeluarga terhadap dirinya. Aneesa lantas menanggal tudung yang sejak dari tadi tersarung di kepalanya dan segera bersiap-siap sebelum turun ke bawah.
“ Mak Yam, Luqman mana? Tak nampak batang hidung pun?” soal Encik Mustaza yang sudah tiba di rung tamu memandang Mak Yam yang baru selesai menuang minuman ke dalam gelas.
“Dah balik petang tadi encik. Mungkin tidur agaknya.” jawab Mak Yam lalu berlalu ke dapur membawa dulang.
“Banyak sangat ke kerja Luqman tu sampai susah nak nampak muka sekarang?” kini Encik Mustaza menyoal kepada Hariz Mukhriz pula. Hariz Mukhriz hanya tersenyum kelat. Sememangnya adiknya itu memang sibuk sejak akhir-akhir ni sejak mendapat tender dari Tan Sri Haikal untuk projek  rekabentuk hotel 5 bintang di  Pulau Tioman.
“Angah dapat tender Tan Sri Haikal abah, yang dekat Puau Tioman tu,” jawab Hariz Mukhriz. Dia yakin pasti abahnya tidak tahu tentang itu. Kini Luqman Hakim sudah banyak berahsia dengan kerja yang dilakukannya. Termasuklah plan untuk Projek Indah. Meskipun agak marah dengan tindakan adiknya, dia menasihati dirinya supaya bersabar dalam menghadapi kerenah kerjayanya. Dia yakin satu hari nanti dia akan mengubah sikap Luqman Hakim yang mula jauh dengan sikapnya yang dahulu.
“Eh, yeke?Baguslah kalau macam tu. Abah tak tahu menahu pun. Hebat benar lah anak awak yang sorang tu Ifah. Bukannya senang nak dapat tender Tan Sri Haikal tu. ujar Encik Mustaza tersenyum bangga terhadap anaknya.
“Memanglah bagus bang, tapi jangan sampai tak lekat rumah, tak luangkan masa dengan family pun susah jugak. “ jawab Puan Latifah menggeleng kepala dengan sikap anaknya yang dirasakan sibuk tak bertempat itu. Encik Mustaza hanya tersenyum mendengar luahan isterinya.
“Nantilah saya cakap pada dia nanti” tambah Encik Mustaza.
Tidak lama kemudian Aneesa yang sudah lengkap berbaju t-shirt, trek suit dan tudung menutupi kepalanya menuruni tangga mendapatkan keluarga tersebut yang rancak berbual. Mata Hariz Mukhriz diarahkan pada Aneesa yang mula datang ke ruang tamu.
“Ha, Aneesa.duduk lah.Kalau ada ape-apa jangan lupa pesan pada mak cik dengan mak yam. Sekarang ni rumah ni dah jadi rumah Aneesa jugak. Buatlah macam rumah sendiri.” Tegur Encik Mustaza apabila Aneesa sudah mengambil tempat duduk. Selepas membaca doa makan, mereka menikmati minuman panas dan cucur bawang panas yang disediakan Mak Yam.
“ Aneesa baru habis degree kan? Kursus apa ye, pak cik dah lupa,” soal Encik Mustaza
“A,ah pak cik. Course human resource. Aneesa ingat nak try cari kerja kat sekitar KL ni.” jawab Aneesa sopan.
“ Oh, kalau macam tu senang lah sebab tak silap pakcik syarikat kawan pak cik ada kekosongan bahagian HR. Permata Holdings yang uruskan stok quantity surveyor tu. Betul kan Hariz?”
“Yang ada share dengan Tan Sri Haikai tu ye abah? Encik Aminuddin kan,” soal Hariz Mukhriz.
“Ha, betullah tu. Rakan kongsi Tan Sri Haikal.  Kalau macam tu bolehla pak cik usulkan nanti pada Encik Aminuddin tu. Aneesa just sediakan resume je. Nanti Hariz, tolonglah Aneesa apa-apa yang patut nanti” ujar Encik Mustaza lagi. Hariz Mukhriz mengangguk bersetuju.
“Terima kasih banyak- banyak pak cik, nanti Aneesa siapkan resume.” jawab Aneesa gembira dengan tawaran Encik Mustaza. Mudah-mudahan rezekinya murah. Sejurus lepas menamatkan ijazahnya tahun lepas, dia masih belum berniat mahu mencari kerja kerana mahu berehat dahulu  di samping meluangkan masa dan membantu arwah emaknya di rumah. Dia hanya mengambil upah menjaga Asyraf anak jiran sebelah rumahnya. Tiba-tiba dia mula rasa rindu akan arwah emaknya. Terasa baru sahaja dia berbual bersama emaknya semalam. Air mata yang mahu tumpah cuba ditahan.
“Aneesa, mak cik harap sabarlah dalam menghadapi ketentuan Allah ni ya.Kami akan sentiasa bersama Aneesa,” ujar Puan Latifah apabila sedar riak gadis itu sedikit sayu. Aneesa membalas genggaman Puan Latifah. Dia redha dengan takdir Allah dengan pemergian emaknya yang masih menjadi tempatnya bergantung saat ini. Dahulu ayahnya, kini emaknya pula. Dia sekarang sudah bergelar yatim piatu.  Meskipun begitu dia masih bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dengan keluarga itu yang sangat berbudi kepadanya kini. 


     BAB 2
Hariz Mukhriz menarik nafasnya dalam-dalam. Sudah lama dia tidak mengambil angin pantai. Rumah mak cik Sumaiyyah hanya kurang 2 kilometer dari pantai tersebut yang bernama Pantai Idaman. Sesekali ketenangan menyelinap di fikirannya melupakan serba sedikit kesibukan kerja di pejabat. Selepas minum petang tadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di pantai seketika sementara ahli keluarganya yang lain hanya meluangkan masa di rumah mak cik Sumaiyyah. Dia berjalan-jalan di gigi air. Sesekali mengutip kulit siput dan melemparkannya ke laut.
Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh  yang dikenalinya dari jauh. Bermain di gigi air sepertinya. “Aneesa” dia berbisik. Tiba-tiba kakinya ringan melangkah ke arah gadis itu. “Aneesa,”  panggilnya lembut. Suara Hariz Mukhriz yang tiba-tiba itu mengejutkan Aneesa yang sedang leka berjalan di gigi air.  Lagi malang apabila Aneesa yang hanya  berkaki ayam itu terpijak kaca yang berada di atas pasir. “Auch!” Aneesa menjerit kecil. Kalut jadinya apabila disergah Hariz tiba-tiba. Dia tidak menyangka tetamu barunya itu turut berada di situ. “Ya Allah Aneesa, maafkan saya! awak duduk dulu saya pergi ambil ubat!”  Darah yang mula membuak keluar merisaukan hati kecilnya. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana tiba-tiba menyergah gadis itu tadi.  Hariz berlari mendapatkan kereta. Sedikit lega kerana first aid sentiasa dibawa bersama-samanya walau ke mana sekalipun.
 Aneesa mengerang perlahan. Dia mengambil tempat duduk di pasir dari mengelakkan kakinya terkena air laut yang menyebabkan kakinya bertambah pedih. Tidak lama kemudian Hariz berlari mendapatkannya bersama first aid di tangan. Aneesa mula kaget. “Takkanlah dia nak ubatkan kaki aku” hatinya berbisik risau. Matanya meliar di sekitar pantai. Bimbang kalau ada orang kampung yang memerhati. Nasib baik tiada orang petang-petang begini.
“Terima kasih Encik Hariz, biar saya uruskan sendiri ye.” ucap Aneesa sopan sambil menyambut ubat di tangan Hariz Mukhriz. Aneesa segera mengelap darah dengan kapas, menyapu minyak iodin dan membalutnya dengan handyplas. Syukur lukanya tidak dalam. Hariz yang  sejak dari tadi berada di  situ hanya  memerhati. Dia tahu dengan cara itu lebih bersopan. Tidak perlu dia membantu. Aneesa bukan mahramnya. Tambahan pula lukanya hanya sedikit. Setelah selesai membalut kaki, Aneesa mula terkial-kial untuk bangun. Spontan tangan Hariz Mukhriz memaut lengan Aneesa yang hampir jatuh.
 “Maafkan saya Aneesa, saya terpaksa, Aneesa boleh jalan tak?” soal Hariz Mukhriz risau. dengan keadaan begitu mustahil untuk Aneesa pulang ke rumah berjalan kaki. “Aneesa duduk sini dulu, saya pergi ambil kereta. Biar saya hantarkan,” Putus Hariz lalu mendapatkan keretanya. Aneesa resah. Dia bimbang kalau orang kampung berkata. Lagi malu untuk berhadapan dengan ibunya dan keluarga Hariz Mukhriz setibanya di rumah nanti.
“Jemputlah masuk, saya yang bertanggungjawab. So, biar saya hantarkan,”  pelawa Hariz Mukhriz sambil membuka pintu kereta audi miliknya setelah memeberhentikannya tidak jauh dari kawasan gigi air. Pasir basah mula melekat di sekitar tayar kereta.
 “Saya takutlah, nanti apa orang kampung kata kalau tengok kita berdua-duaan dalam kereta petang-petang macam ni? Tak manis lah” kata Annesa bimbang , matanya  menyoroti wajah Hariz Mukhriz yang mula tersenyum nipis.
“ Jangan risau,  cermin kereta saya ni gelap. insyaAllah tak nampak. Masuklah dah jauh petang ni,” ujar Hariz selepas mengerliang jam  tangan Rolexnya.
“Encik Hariz turunkan saya jauh sikit dari rumah ye, seganlah. Nanti apa mereka cakap  kalau nmpak kita berdua macam ni nanti” ujar Aneesa dalam perjalanan pulang. Hariz Mukhriz hanya tersenyum memandang Aneesa. Dia meneruskan pemanduannya. Cemas betul dia. Hati Hariz Mukhriz berbisik. “Encik Hariz, turunkan saya kat sini!” pinta Aneesa kalut.
“ Boleh jalan ke?” soal Hariz. Direnungi gadis itu risau.
“Tak pe Encik, pandai-pandaila saya. Saya nak masuk ikut pintu dapur. Harap-harap mak tak perasan,” ujar Aneesa lantas membuka pintu kereta.
“Biar saya tolong?” Hariz mempelawa. Aneesa menggeleng mengisyaratkan tidak perlu. “Tolong rahsiakan ye?” Aneesa sempat memesan pada Hariz Mukhriz sebelum berlalu ke pintu dapur. Hariz tersenyum dan mengangkat tangan seperti orang nak baca ikrar lagaknya. Hariz Mukhriz memerhati Aneesa yang terhinjut-hinjut hingga hilang di sebalik pintu dapur.  Simpati tumpah ke hatinya. Selepas itu barulah dia memandu menuju ke halaman rumah.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

            Tepat jam 9 malam,  selesai makan malam dan maghrib serta isyak berjemaah,   keluarga Hariz Mukhriz sudah bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Bunyi mercun berdentum-dentum malam itu menambahkan kemeriahan hari raya. Sudah kelaziman budak-budak di kampung bermain mercun setiap malam  sejak awal syawal hingga penghujung  syawal.
“Betul ke tak nak singgah beraya rumah saya kat KL tu Sumaiyyah? Apa salahnya kamu bawak si Aneesa ni berjalan sehari dua kat sana, awak pun tak pernah datang rumah saya lagi “ Soal Puan Latifah pada rakan baiknya. Tangan mereka masih berpautan seolah sukar untuk berpisah lagi.  Sejak petang tadi lagi ibu Hariz Mukhriz ini beria-ia mahu rakan lamanya itu datang beraya ke rumahnya namun ditolak dengan baik oleh Mak cik Sumaiyyah. Alasannya tiada siapa yang boleh melihat ayam-ayam dan itiknya di rumah.
 “Betul tu Sumaiyyah,  jemputlah datang beraya rumah kami, nanti kalau dah nak balik, si Hariz ni pun boleh hantarkan, alang-alang kami dah ke mari,” tambah Encik Mustaza menyokong isterinya. Hariz Mukhriz mengangguk bersetuju dengan cadangan kedua orang tuanya. Entah mengapa  hatinya tiba-tiba gembira dengan pelawaan itu. Luqman Hakim pula sedari tadi memandang Aneesa tak berkelip. Serasa tidak puas lagi menatap wajah itu untuk hari ini. Dia akui, sejak kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu semenjak bulan  syawal 2 tahun lepas, dia mula menyukai gadis itu.
 Aneesa yang menyedari pandangan Luqman terhadap dirinya terus menyibukkan diri mengemas meja di ruang tamu. Darah merah menyerbu wajahnya. Hariz Mukhriz  seolah dapat menangkap situasi yang terjadi. Hati kecilnya dapat mengagak Luqman Hakim mempunyai perasaan pada Aneesa. Wajah secantik itu tak mustahil menarik perhatian mana-mana lelaki pun. Hatinya berkata-kata.
“Tak ape lah Sumaiyyah, Encik Mustaza, susah-susah je. InsyaAllah ada rezeki nanti, sampailah kami ke Kuala Lumpur tu ye, terima kasih lah sudi datang beraya,” ujar Mak cik Sumaiyyah tersenyum. Mereka seterusnya bersalaman dan turun ke perkarangan rumah.
 “Aneesa, kaki dah ok ke?”  soal Puan Latifah semasa bersalaman dan memeluk Aneesa. Dia mula menyedari tentang keadaan kaki Aneesa yang luka tadi semasa bersama-sama mengambil wudhu’ di bilik air. “Erm dah ok mak cik,” ucap Aneesa. Dia bimbang sekiranya ibunya bertanya. Hanya Puan Latifah sahaja yang tahu akan hal itu selain daripada Hariz Mukhriz. Itupun dibohonginya dengan mengatakan kakinya terpijak kayu di belakang rumah.  Hariz Mukhriz melirik ke arah Aneesa sambil tersenyum seolah tahu apa yang sedang bermain di hati gadis itu. Isyarat mata Aneesa seolah-olah tidak membenarkan dia membuka cerita tentang petang tadi.
“Kenapa dengan kaki kamu Aneesa? Luka kena apa?” Mak cik Sumaiyyah menyoal hairan. “Kena kayu mak, kat belakang rumah  petang tadi,” Jawab Aneesa agak kalut.
“Lain kali jalan tu hati-hati,” Emaknya berpesan. Hati Aneesa lega.  Bukan dia tidak perasan pada mata Hariz Mukhriz yang galak memandangnya. Pasti kejadian petang tadi bermain di mata. Hatinya dipagut rasa malu.
“Kami berangkat dulu ye Sumaiyyah, Aneesa” ucap Puan Latifah. “ye lah, selamat jalan, hati-hati ye, selamat hari raya,” ucap Mak cik Sumaiyyah sambil melambai tangannya ke arah keluarga tersebut yang mula menaiki kereta. Anneesa tersenyum memerhati di sisi ibunya. Hatinya seolah-olah berat untuk melepas pergi keluarga tersebut.
“Along, apesal kusyen berpasir?” Luqman Hakim bersuara ketika mengambil tempat duduk sebelah pemandu. Disapu-sapu kusyen yang berpasir. Karpet di kaki dikibas-kibas keluar. “ Bau air laut lah! siapa pulak along tumpangkan ni?” Luqman Hakim menyoal hairan. Seingat dia petang tadi baju yang dipakai abangnya tidak basah walaupun dia tahu abangnya ke pantai. Hariz Mukhriz seolah kematian kata untuk menjawab soalan adiknya.
“Eh yeke, Along tak perasan pun, maybe tadi Along terbawak naik pasir kot,” Hariz ketawa dibuat-buat. “ Yelah tu, tapi apesal kat sebelah pemandu,” sambung Luqman Hakim. Tiba-tiba matanya melirik ke arah Aneesa  yang masih setia di halaman rumah. Luqman Hakim seolah-olah menangkap sesuatu. “Entah-entah Along bawak dia tak?” teka Luqman Hakim sambil mengarahkan pandangannya ke arah Aneesa. Tambahan pula petang tadi dia mendapati Aneesa tiada di rumah. Hanya ada Mak cik Sumaiyyah. Hariz Mukhriz yang faham akan maksud pandangan mata adiknya kematian akal.
“Ish, Angah ni! pandai-pandai je buat cerita. Ada ke patut bawak anak dara orang.Dah la tak kenal. Dah-dah lah fitnah Along, jangan lupa baca doa naik kenderaan dan niat musafir!” jawab Hariz Mukhriz cuba berdalih. Luqman Hakim hanya tersenyum sumbing. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati namun dia tidak mahu memanjangkan cerita.


EKUINOKS CINTA
BAB 1
Pertengahan Ramadhan. Akhirnya tiba juga di tanah tumpah darah sendiri setelah 3 tahun merantau di negara orang. Hariz Mukhriz masih terkenang lagi  leteran ibunya, Puan Latifah memintanya pulang awal ke Malaysia sebelum Ramadhan berlabuh pergi. Pada mulanya hasrat Hariz Mukhriz ingin meluangkan masa lagi seminggu bersama-sama teman sekerja  memandangkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas tamat kontrak 3 tahun bertugas di syarikat senibina asing itu, namun atas desakan ibunya di hanya menurut. Lagipun, hatinya juga sangat merindui rumahnya.
“ Alhamdulillah, selamat sampai jugak anak ibu ni, rindunya!” Puan Latifah segera memeluk anak sulungnya setelah sekian lama menanti di balai ketibaan MAS. “Miss u too ibu,” Hariz membalas rangkulan ibunya. Kemudian berpelukan dengan Encik Mustaza, abahnya, serta adik lelakinya Luqman Hakim, dan adik bongsu perempuannya, Dania Amira.
Sepanjang di dalam perjalanan pulang ke rumah, Puan Latifah tidak putus-putus menelefon rumah, mengingatkan pembantu rumahnya Mak Yam untuk menyediakan juadah berbuka puasa istimewa. Maklum sajalah anak sulungnya baru pulang dari perantauan. Hariz Mukhriz tersenyum melihatkan keletah ibunya yang bersemangat. Matanya melilau melihat sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Tidak banyak berubah,bisik hati kecilnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Setelah selesai berbuka puasa yang cukup menyelerakan, keluarga ini bersiap-siap untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah di ruang tamu dan seterusnya terawih di masjid.  Mak Yam dibantu Puan Dalinah dan Dania tidak menang tangan mengemas meja makan. Mereka akan berangkat ke masjid bersama-sama usai solat maghrib nanti.
“ So, bila kamu nak start kerja kat pejabat abah?” Soal Encik Mustaza memandang Hariz. Dia menguyah kurma yang masih berbaki di dalam piring.
“Bila abah nak bagi appoint letter kat saya? Saya tak kisah abah, saya budak baru belajar. Apa-apa position pun saya tak kisah” balas Hariz tersenyum pada abahnya. Baginya jawatan apa-apa pun dia tidak kisah. Harapannya ilmu bekerja di negara orang sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama di syarikat barunya nanti.
“Along jadi cleaner je lah, ok tak abah?hahah” Luqman Hakim yang berusia 24 tahun, 2 tahun muda darinya mengusik sambil menepuk bahu Hariz. “Amboi, tak sesuai la pulak dengan kelulusan along, angah aje lah jadi. Biar along ganti position angah as director department tu ok tak? Hariz membalas gurauan adik lelakinya itu.
“Abah dah sediakan post kamu Hariz.Lepas terawih lah kita bincang ye. Jomlah siap-siap maghrib. Hariz imamkan.” Ujar Encik Mustaza yang sudah bersiap-siap meninggalkan meja makan. Kelihatan pihak perempuan sudah selesai mengemas meja makan. Selesai bersugi dan berwudhu’, mereka bergerak bersama-sama ke ruang solat.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hari ini sudah masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa. 5 hari lagi umat Islam bakal menyambut hari kemenangan yakni hari raya aidilfitri. Sekembali dari masjid, Hariz merehatkan diri di anjung rumah. Sudah seminggu dia berada di rumah dan sudah masuk seminggu juga dia sudah mula bertugas di syarikat abahnya sebagai pengurus bahagian seni reka dalaman. Walaupun pada mulanya dia menolak jawatan yang agak besar yang telah ditawarkan abahnya namun kepercayaan yang telah diberikan oleh abahnya ke atas dirinya, akhirnya dia akur. Dia tidak mahu pekerja lain menganggap abahnya pilih bulu, dan sememangnya dia sedar dia orang baru dalam syarikat tersebut meskipun milik penuh abahnya. Namun, sangkaannya meleset, pekerja di situ malah mengalu-alaukan kedatangannya dalam memimpin mereka. Kebetulan, jawatan itu kosong selepas Encik Hisyam selaku pengurus seni reka dalaman yang asal itu telah pun menamatkan perkhidmatannya sebulan yang lalu. Segala ilmu yang diperoleh  dipraktikkan di syarikat abahnya.


“Anak ibu menungkan apa ni?” Puan Latifah menghampiri anak sulungnya yang asyik bermenung di halaman rumah. Hariz tersenyum memandang ibunya. Ibunya meskipun sudah menjangkau usia 50 tahun namun masih cantik dan sihat. Dia memberi ruang untuk Puan Latifah duduk di sebelah.
“Lepaskan lelah ibu. Seharian bekerja kat pejabat, penat pulak time bulan puasa ni.” Hariz tersenyum menampakkan lesung pipit kirinya. Semenjak pulang dari England, wajahnya makin bertambah cerah. Menyerlahkan ketampanan wajahnya. Keluarganya juga turut menegur tentang perubahan kulitnya yang semakin cerah itu.
“Biasa lah tu Hariz, baru start kerja kan. Kenapa? abah bagi kerja banyak sangat ke pada kamu?” Puan Latifah tersenyum. Dia mengelus bahu anaknya. Terserlah sifat keibuannya. Sememangnya dia cukup rindu terhadap anak sulungnya ini setelah 3 tahun berjauhan. Hariz beria-ia ingin menerima tawaran pekerjaan di luar negara sejurus tamat belajar di Universiti Teknologi Malaysia Skudai dalam jurusan senibina. Katanya mahu menimba pengalaman di negara orang pula.
“Biarkan lah dia Ifah, anak muda kena kuat bekerja. Bila dah usia meningkat macam saya ni, dah tak larat dah nak uruskan kerja berat-berat!” Encik Mustaza tiba-tiba datang menyergah dari belakang mendekati dua beranak ini di halaman. Puan Latifah dan Hariz tersenyum.
“Kurang seminggu lagi dah nak raya, semua persiapan dah sedia ke?” soal Encik Mustaza selepas mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.
“Sudah bang, semua baju dah siap tempah. ada kat bilik. Puan Lili baru hantarkan tadi. Kuih raya je belum beli lagi. Ingat esok nak ajar Kak  Yam dengan Dania cari dekat pasar besar. Ha, bang jadi ye kita pergi beraya ke rumah Sumaiyyah tu nanti ye?” ujar Puan Latifah memandang suaminya. Hariz lebih senang menjadi pemerhati.
“Oh, Sumaiyyah kawan lama awak tu ke? Yang duduk Dungun tu? Apa pulak tak jadinya, dah lama tak pergi rumah dia, kali terakhir pergi pun raya 2 tahun lepas. Time tu pun kamu ada kat oversea Hariz.” ujar Encik Mustaza.
“Kawan lama ibu ke? Tak pernah dengar cerita pun?”Hariz menyoal ingin tahu.
“Ye Hariz, kawan lama masa muda-muda kerja kilang dulu. Dah lama lose contact, tapi tak lama dulu terserempak dekat Pasar Payang  masa nak beli barang. Raya ni kita semua beraya kat rumah dia ya. Hari raya kedua kita bertolak. Ya bang?” Puan Latifah memandang Encik Mustaza meminta persetujuan. Encik Mustaza mengangguk setuju.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Perjalanan dari Kuala Lumpur  menuju ke Besut memakan masa hampir 5 jam. Tepat pukul 12 tengah hari akhirnya marcedes-benz yang dinaiki Encik Mustaza, Puan Latifah, dan anaknya Dania Amira  terlebih dahulu selamat sampai dan diikuti audi v6 bewarna hitam yang dipandu Hariz dan turut dinaiki Luqman Hakim. Hariz yang masih di dalam kereta mengerling ke luar tingkap. Rumah papan sederhana besar bercat coklat tua  itu direnung. Amat cantik rekaannya pada pandangan matanya. Tidak lama kemudian Kelihatan perempuan berusia lebih kurang ibunya bersama turun mendapatkan abah dan ibu yang terlebih dahulu tiba di perkarangan rumah. Barangkali itulah rakan lama ibunya. Beberapa orang kanak-kanak menyusul keluar selepas itu sambil memegang sampul duit raya dan meninggalkan rumah tersebut selepas beraya. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang gadis ayu bertudung  tidak jauh dari belakang rumah sedang menjinjit beberapa beg plastik. Barangkali baru pulang dari membeli barang di kedai. Hariz mengagak. Dia memerhatikannya sehingga tubuh itu menghilang di sebalik pintu.
“Along, tunggu apa lagi?Ibu dah ajak naik tu,” suara Hakim mematikan lamunan Hariz. Hariz meraup wajahnya dan segera keluar dari kereta. Baju melayu yang sedikit berkedut diperkemas. Ibu, abah serta Dania masih menanti di luar rumah bersama senyuman tuan rumah.
“Inilah anak sulung saya Sumaiyyah,  yang bekerja dekat England tu, Hariz Mukhriz” Puan Latifah memperkenalkan Hariz. Mak cik Sumaiyyah tersenyum mesra sambil menganggukkan kepalanya. Wajahnya sangat bersih meskipun sudah dimamah usia. Seperti ibu. Bisik Hariz.
“Oh, ini lah Hariz Mukhriz ye, Segak orangnya. Jemputlah masuk semua.”
ujar Mak cik Sumaiyyah ramah.
Hariz meneliti segenap rumah tersebut. Ruang dalam rumah tersebut sederhana besar. Meskipun tidak banyak perabot, namun kemas dan cantik. Kelihatan seorang budak lelaki berusia 3 tahun bermain mainan di sofa. Sangat comel. Barangkali anak bogsu Mak cik Sumaiyyah. Hariz meneka. Yang dia tahu, suami Mak cik Sumaiyyah sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu pulang dari surau. Lebih dari itu dia tidak tahu latar belakang keluarga  tersebut.
Encik Mustaza, Hariz dan Luqman mengambil tempat di meja makan untuk menjamu makanan tengah hari yang sudah tersedia di atas meja. Manakala  Puan Latifah, serta Dania membantu Mak cik Sumaiyyah menyenduk lauk. Hariz merenung hidangan di meja. Nampak menyelerakan. Sudah lama dia tidak menikmati masakan kampung. Kecur lidah dibuatnya apabila menatap ikan asam pedas, ayam masak halia, serta ulam-ulaman. Tidak ketingggalan juga sambal belacan dan tempoyak.
“Selamat hari raya semua, jemput minum,” Tiba-tiba suara itu melarikan tumpuan Hariz yang asyik merenung hidangan di meja. “Gadis tadi!” Getus hatinya. Selepas menuang air sirap ke cawan, dia bersalaman dengan Puan Latifah dan Dania. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Luqman yang menyedari pandangan mata abangnya yang tidak berkelip memandang gadis di depannya segera menyiku lengan Hariz. Hariz tersedar.
“Ini perkenalkan anak sulung mak cik, Hariz Mukhriz.” ujar Puan Latifah memperkenalkan kepada gadis tersebut. Hariz hanya tersenyum nipis. Dia seperti  pernah melihat wajah gadis itu tetapi dia lupa di mana. Wajah itu seolah-olah menggamit suatu kenangan. Gadis itu tersenyum lagi.Hariz menggelabah. “ Oh, baru balik dari  overseas ye?” Dia tiba-tiba menyoal ramah. Hariz hanya diam mengangguk. Terkejut sebenarnya.
“Hariz, perkenalkan ni Aneesa, satu-satunya anak Mak cik Sumaiyyah.” Puan Latifah menambah.
“Owh” Ringkas jawapan Hariz. Tidak lama kemudian Mak cik Sumaiyyah muncul dari dapur bersama pudding dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Aneesa segera mendukung kanak-kenak lelaki tadi yang kelihatan sudah mengantuk di sofa. Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut anak jiran sebelahnya. Aneesa mengambil upah menjaganya apabila ibunya ke tempat kerja. Hariz hanya memerhatikan gerak geri Aneesa. Tidak dapat dianafikan gadis itu sememangnya cantik. Namun latar belakang pelajaran, umurnya masih tidak diketahui.
“Aneesa marilah makan sekali,”  Puan Latifah memandang Aneesa yangn ingin menuju ke kamar.
“Takpe mak cik, saya nak tidurkan Asyraf sekejap ye,” Aneesa meminta diri lalu berlalu dari situ. Mereka menikmati makan tengah hari dengan penuh selera. Hariz juga. Sehingga dia tambah 2 kali.  Sangat sedap.
“Aneesa yang masak ni. Dia nak sangat sediakan semua sekali. Saya yang maknya ni tolong aje,” ujar Mak cik Sumaiyyah kepada Puan Latifah sambil ketawa. Hariz tersenyum mendengar. “Sudahlah cantik,  pandai pulak masak, boleh buat menantu anak tengah ibu” bisik Luqman di telinga Hariz. Hariz terpana. Perasaannya tiba-tiba berbaur.




EKUINOKS CINTA