Tuesday, May 3, 2011

NOVEL: DEDAUN HATI

DEDAUN HATI

Dedaun hati ini melambai
tatkala kau datang,
Dedaun hati ini berguguran
saat kau menghilang

Sinopsis:

Tengku Zulqarnain merupakan seorang lelaki yang ego, dan keras kepala. Namun, pertemuannya dengan Dahlia mengubah hidupnya hampir 360 darjah meskipun pada awalnya sikap mereka  tidak sehaluan.
Namun, pertemuan yang disangka manis hingga ke hujung itu rupanya pahit di tengah jalan apabila Dahlia ditangkap khalwat bersama Zariff sahabat baiknya sendiri. Lantaran kejadian itu, Tengku Zulqarnain tidak mempercayai kewujudan wanita yang setia dan  menghilangkan diri  tanpa memberi  peluang kepada wanita itu membela diri.
Dugaan demi dugaan mendatang apabila Dahlia dituduh  terlibat dalam sindiket pembunuhan Zariff dan Dahlia merupakan keturunan Azhar, musuh Tengku Zulqarnain. Siapakah dalang yang sebenar? Siapa pula Julia? Dapatkah Tengku Zulqarnain bersama semula dengan Dahlia? Ikuti novel ini yang merungkai persoalan demi persoalan yang timbul.





PART 1
“No way papa! I’ll never involve with the funny event,” Tengku Zulqarnain lantang membangkang usul Tengku Sufri. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding swaktu di pejabat papanya.
“By hook or by crook you involved. Anggap satu claim for your stupid mistake about two project in this year. Akibat sikap sambil lewa kamu, client kita dah lari. Modal dah keluar hampir berjuta.  Disiplin kamu tu kena bentuk. Program ni memang sesuai sangat degan kamu tu Zulqarnain!” jawab Datuk Sufri. Gara-gara projek yang diuruskannya tidak menjadi akibat sikap buruk sambil lewanya, terpaksalah  dia terima untuk mengikuti kursus jati diri dan terlibat secara lansung untuk program amal kampung orang asli di Sabah selama sebulan.
“Please papa, kalau ye pun, takkan tak ada hukuman lain nak bagi. Ni program kampung macam tu Zul nak kena terlibat ke?” Tengku Zulqarnain menjeling tidak puas hati kepada papanya. Tidak terlintas di fikirannya untuk terlibat dengan program amal sebegitu yang jauh bertentangan dengan sikap dirinya. Hatinya seperti digeletek. Tengku Zulqarnain, merangkap pengurus kedua terbesar Mega Holdings terlibat program amal kampung. Lucu baginya.
“Cakap lah apa-apa pun papa tak peduli. Yang penting tiket dah book. Kemas apa yang patut balik nanti, esok pukul 9.30 pagi Zul dah kena berlepas.” jawab Tengku Sufri lalu meninggalkan Tengku Zulqarnain yang masih terpinnga-pinga di bilik pejabatnya.
“Aku akan pastikan aku takkan pergi. Lantaklah apa nak jadi” Dia menghempas tubuhnya ke kerusi kemudian lansung terlelap.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Zul bangun, kan kena pergi  Sabah hari ni?” Tengku Mardhiah mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali.
“Kenapa mama? Zul  ngantuklah...Baru pukul 7..masuk office pukul 9..” Tengku Zulqarnain muncul di muka pintu. Wajahnya kusut masai baru bangun tidur. Bingit telinganya apabila pintu bilik diketuk berkali-kali.
“Zul jangan nak buat-buat lupa pulak, hari ni kan kena pergi Sabah. Baik Zul cepat siap. Dah lewat ni. Flight pukul 9.30 kan? Membebel pulak papa tu karang”  Tengku Mardhiah mengingatkan. Tahu sangat perangai anak tunggalnya yang selalu buat-buat lupa. Selepas itu Tengku Mardhiah berlalu ke dapur.
“Argh damn!” Tengku Zulqarnain mencampakkan bantal goleknya ke lantai. Silapnya juga bangun lewat pagi ini. Rancangannya untuk ke rumah Armand sepatutnya awal subuh tadi tak menjadi. Terpaksalah juga dia pergi memandangkan papanya akan menghantarnya sekali ke airport.
Setelah siap mandi Tengku Zulqarnain terkocoh-kocoh mengemas pakaiannya. Apa yang dicapai semuanya disumbat ke bagasi. Matanya mengerling jam di dinding. Tepat 7.30 pagi. Selesai mengemas, t-shirt polo hijau lumut dan jeans segera disarungkan ke tubuhnya. Tidak dilupa jel rambut disapu ke rambut. Pantang ke mana sahaja, rambut wajib terpacak.
“Breakfast cepat sikit, dah lewat ni. Bangun tak pandai nak awal. Subuh entah ke mana.” Tengku Sufri mengomel apabila anaknya sudah ke meja makan. Tengku Zulqarnain mencebik lalu duduk dan menikmati sarapan tergesa-gesa apabila papanya mula meninggalkan meja makan.
“Berapa lama kat Zul kat Sabah? Harap-harap balik nanti perangai anak mama ni dah berubah lah” soal Tengku Mardhiah dan sempat lagi memerli.
“One month. Tak de apa yang berubah ma, makin sakit hati ada lah.” jawab Tengku Zulqarnain lalu meneguk air. Tengku Mardhiah hanya menggeleng dengan sikap Tengku Zulqarnain yang memang semulajadi keras kepala itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hampir 2 jam perjalanan penerbangan akhirnya Tengku Zulqarnain tiba di tapak kursus yang dimaksudkan. Setahunya selama  2 minggu dia akan terlibat dengan kursus jati diri diikuti dengan 2 minggu program amal di kampung orang asli yang tidak jauh dari bandar Sandakan itu. Mulutnya mencebik melihat tapak kursus tersebut yang seolah-olah kekurangan fasiliti. Hanya terdapat 2 buah dewan seperti balai raya, tapak kantin serta 2 bangunan asrama kayu.
Dia masih terkial-kial. Tidak tahu mahu melakukan sesi pendaftaran di mana. Seorang pun masih tak kelihatan. Setelah puas berlegar di sekitar kawasan, dia ternampak seorang gadis  berbaju kurung  sedang duduk di gazebo. Dia yakin itu salah seorang peserta sepertinya memandangkan terdapat beg besar di sebelah.
“Hello, u terlibat jugak ke? Nak daftar dekat mana ni?” soal Tengku Zulqarnain setelah menghampiri gadis itu.
“Ya encik. Tak pasti nak daftar dekat mana. Sepatutnya kita kena register kat  dewan utama ni tapi tak nampak lagi siapa-siapa” jawab gadis tersebut memandang Tengku Zulqarnain yang menghampirinya. Tengku Zulqarnain lantas duduk. Cermin mata hitam yang dipakainya disangkut ke baju.
“Macam mana management diorang buat kerja ni? Ni lah janji manusia. Susah betul nak punctual!” Tengku Zulqarnain membebel. Sudahlah hatinya panas untuk terlibat sama. Ditambahnya pula kelewatan pihak penganjur.
“Nama saya Dahlia, nama encik?” Gadis tersebut memperkenalkan dirinya. Dia hanya tersenyum  mendengar lelaki itu membebel. Kalah mak nenek.
“Tengku Zulqarnain. Second Manager  Mega Holding, syarikat developer terbesar kat KL. Pernah dengar kan?  U mesti terkejutkan orang macam I ni join benda-benda kelakar macam ni” jawab Tengku Zulqarnain tersenyum sinis. Berlagak nadanya.

“Oh, familiar la dengan nama syarikat tu. Tapi saya tak pelik pun orang macam Encik ni terlibat dalam program bagus macam ni. Tak salah siapa-siapa pun nak buat kerja amal. Tak mengira pangkat atau status” jawab Dahlia masih tersenyum. Sengaja dia ingin membuka minda lelaki di hadapannya yang terlalu bersikap kasta. Tengku Zulqarnain sedikit tercabar dengan sikap Dahlia yang bersahaja. ‘Ah, perempuan ni tak kenal lagi aku siapa.’
“Cik bunga Dahlia ni kerja dekat syarikat mana? CEO ke?” soal Tengku Zulqarnain lebih kepada memerli. Biar padan muka dia.
 “Correction, nama saya Dahlia. Bukan bunga Dahlia. Saya orang biasa-biasa je, tak berpangkat macam Encik Zulqarnain. Saya cikgu sekolah rendah.” jawab Dahlia. Dia mula sakit hati melayan sikap lelaki yang baru dikenalinya kini. Baru je kenal dah tunjuk lagak. Tengku Zulqarnain mengangguk sambil tersenyum sinis. Dia membelek tentatif program yang sepatutnya bermula pukul 12.30. Jam di tangannya sudah hampir ke pukul 1 petang. Dia merengus geram.
“Encik, dan cik terlibat dengan kursus ni ya? Maafkan saya sebab ada pertukaran tempat pendaftaran. Dekat dewan belakang sana. Semua peserta dah ada kat sana,” Tiba-tiba mereka ditegur seorang lelaki berpakaian formal yang bertugas. Wajah Tengku Zulqarnain sudah merah menahan marah. Sepatutnya terdapat pihak yang pantau peserta yang datang. Jelas kursus tersebut banyak cacat cela baginya.
“Ok Encik,” jawab Dahlia mula mengekori lelaki terseebut disertai Tengku Zulqarnain
“Macam mana you all buat kerja ni? Kalau dah tahu change place, guard la, tak pasal-pasal kena tunggu lama-lama!” Tegur Tengku Zulqarnain memasamkan muka.
“Maafkan kami encik, kami tak cukup petugas. InsyaAllah lain kali tak berulang lagi” Lelaki tersebut meminta maaf. Setibanya di dewan yang dimaksudkan mereka  mula mendaftarkan diri.
“Encik Zulqarnain dengan Cik Dahlia akan terlibat dalam 1 kumpulan. Kumpulan Encik dan cik nombor 12 ya,” kata salah seorang petugas wanita di situ lantas menyerahkan  fail. Tengku Zulqarnain hanya mengangguk malas. Dahlia pula merungut di dalam hati. Terpaksa lah dia melayan sikap berlagak lelaki itu sepanjang kursus ini. Mereka kemudiannya diberi taklimat serba sedikit. Jumlah peserta kseluruhannya 20 orang. Tidak ramai mana kerana penyertaan kursus yang terhad. Satu kumpulan pula terdapat 2 orang ahli.
Selesai taklimat, mereka bergegas check-in di bilik masing-masing yang bertempat di blok kayu.
“Cik Bunga Dahlia, don’t forget to meet again at 2 o’clock.  Please be punctual! From now,  I’m your leader.” Tengku Zulqarnain masih sempat berpesan sebelum menuju ke bilik.  Dahlia hanya mencebik. Geram Tengku Zulqarnain masih mempermainkan namanya.  Tengku Zulqarnain tersenyum puas. ’Jaga lah kau Dahlia, nanti kau tahu lah siapa Tengku  Zulqarnain,’ ucapnya di dalam hati. Sekurang-kurangnya tidak lah dia bosan sangat sepanjang kursus di sini. Ada orang yang nak dikenakannya. 


No comments:

Post a Comment