Tuesday, May 3, 2011

NOVEL: DEDAUN HATI

DEDAUN HATI

Dedaun hati ini melambai
tatkala kau datang,
Dedaun hati ini berguguran
saat kau menghilang

Sinopsis:

Tengku Zulqarnain merupakan seorang lelaki yang ego, dan keras kepala. Namun, pertemuannya dengan Dahlia mengubah hidupnya hampir 360 darjah meskipun pada awalnya sikap mereka  tidak sehaluan.
Namun, pertemuan yang disangka manis hingga ke hujung itu rupanya pahit di tengah jalan apabila Dahlia ditangkap khalwat bersama Zariff sahabat baiknya sendiri. Lantaran kejadian itu, Tengku Zulqarnain tidak mempercayai kewujudan wanita yang setia dan  menghilangkan diri  tanpa memberi  peluang kepada wanita itu membela diri.
Dugaan demi dugaan mendatang apabila Dahlia dituduh  terlibat dalam sindiket pembunuhan Zariff dan Dahlia merupakan keturunan Azhar, musuh Tengku Zulqarnain. Siapakah dalang yang sebenar? Siapa pula Julia? Dapatkah Tengku Zulqarnain bersama semula dengan Dahlia? Ikuti novel ini yang merungkai persoalan demi persoalan yang timbul.





PART 1
“No way papa! I’ll never involve with the funny event,” Tengku Zulqarnain lantang membangkang usul Tengku Sufri. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding swaktu di pejabat papanya.
“By hook or by crook you involved. Anggap satu claim for your stupid mistake about two project in this year. Akibat sikap sambil lewa kamu, client kita dah lari. Modal dah keluar hampir berjuta.  Disiplin kamu tu kena bentuk. Program ni memang sesuai sangat degan kamu tu Zulqarnain!” jawab Datuk Sufri. Gara-gara projek yang diuruskannya tidak menjadi akibat sikap buruk sambil lewanya, terpaksalah  dia terima untuk mengikuti kursus jati diri dan terlibat secara lansung untuk program amal kampung orang asli di Sabah selama sebulan.
“Please papa, kalau ye pun, takkan tak ada hukuman lain nak bagi. Ni program kampung macam tu Zul nak kena terlibat ke?” Tengku Zulqarnain menjeling tidak puas hati kepada papanya. Tidak terlintas di fikirannya untuk terlibat dengan program amal sebegitu yang jauh bertentangan dengan sikap dirinya. Hatinya seperti digeletek. Tengku Zulqarnain, merangkap pengurus kedua terbesar Mega Holdings terlibat program amal kampung. Lucu baginya.
“Cakap lah apa-apa pun papa tak peduli. Yang penting tiket dah book. Kemas apa yang patut balik nanti, esok pukul 9.30 pagi Zul dah kena berlepas.” jawab Tengku Sufri lalu meninggalkan Tengku Zulqarnain yang masih terpinnga-pinga di bilik pejabatnya.
“Aku akan pastikan aku takkan pergi. Lantaklah apa nak jadi” Dia menghempas tubuhnya ke kerusi kemudian lansung terlelap.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Zul bangun, kan kena pergi  Sabah hari ni?” Tengku Mardhiah mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali.
“Kenapa mama? Zul  ngantuklah...Baru pukul 7..masuk office pukul 9..” Tengku Zulqarnain muncul di muka pintu. Wajahnya kusut masai baru bangun tidur. Bingit telinganya apabila pintu bilik diketuk berkali-kali.
“Zul jangan nak buat-buat lupa pulak, hari ni kan kena pergi Sabah. Baik Zul cepat siap. Dah lewat ni. Flight pukul 9.30 kan? Membebel pulak papa tu karang”  Tengku Mardhiah mengingatkan. Tahu sangat perangai anak tunggalnya yang selalu buat-buat lupa. Selepas itu Tengku Mardhiah berlalu ke dapur.
“Argh damn!” Tengku Zulqarnain mencampakkan bantal goleknya ke lantai. Silapnya juga bangun lewat pagi ini. Rancangannya untuk ke rumah Armand sepatutnya awal subuh tadi tak menjadi. Terpaksalah juga dia pergi memandangkan papanya akan menghantarnya sekali ke airport.
Setelah siap mandi Tengku Zulqarnain terkocoh-kocoh mengemas pakaiannya. Apa yang dicapai semuanya disumbat ke bagasi. Matanya mengerling jam di dinding. Tepat 7.30 pagi. Selesai mengemas, t-shirt polo hijau lumut dan jeans segera disarungkan ke tubuhnya. Tidak dilupa jel rambut disapu ke rambut. Pantang ke mana sahaja, rambut wajib terpacak.
“Breakfast cepat sikit, dah lewat ni. Bangun tak pandai nak awal. Subuh entah ke mana.” Tengku Sufri mengomel apabila anaknya sudah ke meja makan. Tengku Zulqarnain mencebik lalu duduk dan menikmati sarapan tergesa-gesa apabila papanya mula meninggalkan meja makan.
“Berapa lama kat Zul kat Sabah? Harap-harap balik nanti perangai anak mama ni dah berubah lah” soal Tengku Mardhiah dan sempat lagi memerli.
“One month. Tak de apa yang berubah ma, makin sakit hati ada lah.” jawab Tengku Zulqarnain lalu meneguk air. Tengku Mardhiah hanya menggeleng dengan sikap Tengku Zulqarnain yang memang semulajadi keras kepala itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hampir 2 jam perjalanan penerbangan akhirnya Tengku Zulqarnain tiba di tapak kursus yang dimaksudkan. Setahunya selama  2 minggu dia akan terlibat dengan kursus jati diri diikuti dengan 2 minggu program amal di kampung orang asli yang tidak jauh dari bandar Sandakan itu. Mulutnya mencebik melihat tapak kursus tersebut yang seolah-olah kekurangan fasiliti. Hanya terdapat 2 buah dewan seperti balai raya, tapak kantin serta 2 bangunan asrama kayu.
Dia masih terkial-kial. Tidak tahu mahu melakukan sesi pendaftaran di mana. Seorang pun masih tak kelihatan. Setelah puas berlegar di sekitar kawasan, dia ternampak seorang gadis  berbaju kurung  sedang duduk di gazebo. Dia yakin itu salah seorang peserta sepertinya memandangkan terdapat beg besar di sebelah.
“Hello, u terlibat jugak ke? Nak daftar dekat mana ni?” soal Tengku Zulqarnain setelah menghampiri gadis itu.
“Ya encik. Tak pasti nak daftar dekat mana. Sepatutnya kita kena register kat  dewan utama ni tapi tak nampak lagi siapa-siapa” jawab gadis tersebut memandang Tengku Zulqarnain yang menghampirinya. Tengku Zulqarnain lantas duduk. Cermin mata hitam yang dipakainya disangkut ke baju.
“Macam mana management diorang buat kerja ni? Ni lah janji manusia. Susah betul nak punctual!” Tengku Zulqarnain membebel. Sudahlah hatinya panas untuk terlibat sama. Ditambahnya pula kelewatan pihak penganjur.
“Nama saya Dahlia, nama encik?” Gadis tersebut memperkenalkan dirinya. Dia hanya tersenyum  mendengar lelaki itu membebel. Kalah mak nenek.
“Tengku Zulqarnain. Second Manager  Mega Holding, syarikat developer terbesar kat KL. Pernah dengar kan?  U mesti terkejutkan orang macam I ni join benda-benda kelakar macam ni” jawab Tengku Zulqarnain tersenyum sinis. Berlagak nadanya.

“Oh, familiar la dengan nama syarikat tu. Tapi saya tak pelik pun orang macam Encik ni terlibat dalam program bagus macam ni. Tak salah siapa-siapa pun nak buat kerja amal. Tak mengira pangkat atau status” jawab Dahlia masih tersenyum. Sengaja dia ingin membuka minda lelaki di hadapannya yang terlalu bersikap kasta. Tengku Zulqarnain sedikit tercabar dengan sikap Dahlia yang bersahaja. ‘Ah, perempuan ni tak kenal lagi aku siapa.’
“Cik bunga Dahlia ni kerja dekat syarikat mana? CEO ke?” soal Tengku Zulqarnain lebih kepada memerli. Biar padan muka dia.
 “Correction, nama saya Dahlia. Bukan bunga Dahlia. Saya orang biasa-biasa je, tak berpangkat macam Encik Zulqarnain. Saya cikgu sekolah rendah.” jawab Dahlia. Dia mula sakit hati melayan sikap lelaki yang baru dikenalinya kini. Baru je kenal dah tunjuk lagak. Tengku Zulqarnain mengangguk sambil tersenyum sinis. Dia membelek tentatif program yang sepatutnya bermula pukul 12.30. Jam di tangannya sudah hampir ke pukul 1 petang. Dia merengus geram.
“Encik, dan cik terlibat dengan kursus ni ya? Maafkan saya sebab ada pertukaran tempat pendaftaran. Dekat dewan belakang sana. Semua peserta dah ada kat sana,” Tiba-tiba mereka ditegur seorang lelaki berpakaian formal yang bertugas. Wajah Tengku Zulqarnain sudah merah menahan marah. Sepatutnya terdapat pihak yang pantau peserta yang datang. Jelas kursus tersebut banyak cacat cela baginya.
“Ok Encik,” jawab Dahlia mula mengekori lelaki terseebut disertai Tengku Zulqarnain
“Macam mana you all buat kerja ni? Kalau dah tahu change place, guard la, tak pasal-pasal kena tunggu lama-lama!” Tegur Tengku Zulqarnain memasamkan muka.
“Maafkan kami encik, kami tak cukup petugas. InsyaAllah lain kali tak berulang lagi” Lelaki tersebut meminta maaf. Setibanya di dewan yang dimaksudkan mereka  mula mendaftarkan diri.
“Encik Zulqarnain dengan Cik Dahlia akan terlibat dalam 1 kumpulan. Kumpulan Encik dan cik nombor 12 ya,” kata salah seorang petugas wanita di situ lantas menyerahkan  fail. Tengku Zulqarnain hanya mengangguk malas. Dahlia pula merungut di dalam hati. Terpaksa lah dia melayan sikap berlagak lelaki itu sepanjang kursus ini. Mereka kemudiannya diberi taklimat serba sedikit. Jumlah peserta kseluruhannya 20 orang. Tidak ramai mana kerana penyertaan kursus yang terhad. Satu kumpulan pula terdapat 2 orang ahli.
Selesai taklimat, mereka bergegas check-in di bilik masing-masing yang bertempat di blok kayu.
“Cik Bunga Dahlia, don’t forget to meet again at 2 o’clock.  Please be punctual! From now,  I’m your leader.” Tengku Zulqarnain masih sempat berpesan sebelum menuju ke bilik.  Dahlia hanya mencebik. Geram Tengku Zulqarnain masih mempermainkan namanya.  Tengku Zulqarnain tersenyum puas. ’Jaga lah kau Dahlia, nanti kau tahu lah siapa Tengku  Zulqarnain,’ ucapnya di dalam hati. Sekurang-kurangnya tidak lah dia bosan sangat sepanjang kursus di sini. Ada orang yang nak dikenakannya. 


CERPEN SUKA SUKI^^

IZINKANKU MENCINTAIMU

Irzhan merenung tajam  ke arahku. Aku faham sangat maksud yang ingin disampaikan melalui pandangan matanya tu. Aku mengangkat bahu pura-pura tidak tahu.
“Please be serious  Damiya, it’s not joke!” Irzhan meninggikan suaranya. Sakit hatinya melihat aku  yang seolah-olah tidak ambil pusing dengan apa yang telah berlaku. Dia kemudiannya merengus perlahan. Badannya disandar ke kereta Mitsubishi lancer  hitam miliknya sambil memeluk tubuh. Dia memejamkan matanya seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
“Damiya tak tahu Abang Irzhan, sedar-sedar tadi ibu bagitahu mereka dah aturkan semua, sumpah Damiya tak tahu apa-apa!” aku yang sejak dari tadi diam mula mengeluarkan suara yang seperti tersekat di kerongkong. Dia yang mendengar jawapanku terus membuka mata. Pandangannya tepat memanah ke mataku seolah-olah terkejut. ‘Kenapa pulak dengan dia ni, macam nak telan orang je.’ Hatiku memberontak tidak senang.
“So, Damiya setuju lah dengan keputusan ibu? tak nak bantah lansung?” soal Abang Irzhan membulatkan matanya. Terkejut dengan tingkahku yang menganggap perkahwinan seperti perkara yang main-main.
“Damiya ikut je keputusan ibu. Damiya tak nak jadi anak derhaka, dan…Damiya yakin dengan pilihan ibu akan memberi kebahagiaan pada hidup Damiya.” lancar aku berkata-kata. Aku menjawab yakin sedangkan hakikatnya aku menderita dengan keputusan ibu. Abang Irzhan..kalaulah kau mengerti.
“But you too young to be a wife” jawab Irzhan. Nadanya tidak setinggi tadi.
“Damiya dah tak ada siapa lagi selain ibu. Lagipun Damiya dah habis belajar. I’m 20 years old now. Not too young right?Tak ada beza dengan umur Abang Irzhan 24 tahun,” Aku pura-pura senyum meskipun aku tahu lawak aku tak menjadi. Irzhan lansung tidak menunjukkan riak lega di wajahnya dengan jawapanku. Aku tidak faham sebenarnya, kenapa dia beria-ia menentang pernikahanku  sehinggalah dia membawaku ke tasik ini untuk berbincang. Alasannya aku masih muda untuk bernikah.
“Who the lucky guy?” soalnya bersungguh. Aku menggeleng tidak tahu. Sungguh aku berasa agak bodoh kerana tidak ambil tahu dengan siapa aku bakal menikah nanti. Tapi bukankah itu tidak salah di sisi Islam? Dia tersenyum sinis seolah tidak menyangka sikap aku yang tak bersungguh sampai ke tahap itu. Tahap yang tidak disangka-sangka!
“Stupid lady!” aku masih menangkap ungkapan itu dari bibirnya meskipun tidak berapa jelas.
“ Let’s go home,” arah Irzhan lalu masuk ke kereta. Aku pelik dengan sikapnya. Hanya itu sahajakah tujuannya untuk berjumpa dengan aku petang ni? Menanyakan kesanggupan aku untuk menerima lelaki yang aku tak kenali dalam hidupku. Aku akui Abang Irzhan seorang sepupu yang baik dan sangat mengambil berat. Sejak abah meninggal dunia setahun yang lalu, dia lah antara sepupu yang paling banyak mengambil berat tentangku memandangkan dia antara sepupu yang paling tua.
“ Itu je ke tujuan Abang Irzhan nak jumpa dengan Damiya petang ni?” aku menyoal memandang wajahnya yang mencuka sejak tadi. Tiba-tiba dia menarik pedal minyak membuatkan aku tersentak. Bunyi hon kereta belakang sudah mula bingit. Aku mengurut dada.
“Abang Irzhan nak sangat ke mati?!” aku menjerit geram. Geram dengan tindakannya yang tidak kuduga. Sememangnya aku tidak faham kenapa dia bersikap dingin denganku semata-mata kerana aku bersetuju untuk bernikah awal.
“This is my car, shut up your mouth or you can leave it and take any taxi out there!” jawabnya memandangku. Pandangannya berapi-api menahan kemarahan. Tak tahu apa yang ingin dimarahkan sangat.
Aku terkejut dengan jawapannya. Inikah Abang Irzhan yang selama ni aku kenal?aku menahan sendu. Tanpa disedari air mata mula bergenang di pipi. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Auntie Sofea kami hanya diam seribu  bahasa melayan perasaan masing-masing.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sebulan lagi aku bakal melansungkan pernikahanku dengan lelaki yang tak pernah aku kenali dan cintai. Tapi, pernahkah aku mencintai sesiapa sebelum ini? Aku tak pernah cinta, tapi hanya sayang. Ya, sayang kepada Abang Irzhan sebagai seorang abang. Dalam tempoh sebulan ini pelbagai persiapan sudah dibuat termasuklah mengedar kad pekahwinan, membeli barangan hantaran serta menempah persalinan pakaian pengantin. Menurut ibu, sewaktu menempah persalinan pakaian nantilah aku akan bertemu dengan bakal suamiku. Meskipun hatiku berdebar-debar namun aku seolah-olah tidak berminat untuk mengenal lebih lanjut tentang bakal suamiku semenjak apa yang telah Abang Irzhan lakukan kepadaku tempoh hari. Aku seperti melukai hatinya. Tetapi atas sebab apa aku perlu rasa bersalah? Aku mulai kesal dengan  perasaan aku yang mula was-was dengan perkahwinan ini.
“Ibu, Damiya rasa mampu ke Damiya jadi isteri orang ni?” soalku sejurus selepas makan malam di rumah Auntie Sofea. Soalanku sebenarnya lebih kepada ingin memujuk ibu membatalkan majlis tersebut. Tapi sanggupkah aku melihat semua orang terluka semata-mata ingin menyenangkan hati Abang Irzhan seorang?
Sejak pengumuman ibu dan Auntie Sofea mengenai pernikahan aku, mereka bercadang untuk membuat majlis tersebut di rumah Auntie Sofea kerana lebih mudah untuk mengumpul saudara-mara dari jauh memandangkan rumahnya yang berada di Kuala Lumpur manakala rumahku terletak di selatan tanah air. Aku lagi bertambah kaget kerana akan selalu bertembung dengan Abang Irzhan di rumahnya itu.
“InsyaAllah Damiya. Ibu yakin dengan anak ibu. Kalau Damiya nak tahu, arwah abah nak sangat Ustaz Khairul anak Imam Arsyad tu jadi menantu abah. Maklumlah, Damiya tahu kan pilihan menantu abah macam mana?” ibu tersenyum menjawab soalanku sambil mengusap bahuku. Ketika itu kami berbual di bilik ibu. Aku sudah tahu perihal itu sepertimana ibu pernah ceritakan kelmarin. Rupa-rupanya sebelum ini ibu dan arwah abah sudah merisik-risik calon menantu tunggal mereka, dan permintaan daripada Ustaz Khairul juga untuk menyuntingku sebagai seorang isteri bulan lepas kerana tidak lama lagi dia akan mula bertugas di  Universiti Yarmourk, Jordan sebagai pensyarah Ekonomi  Perbankan Islam di sana. Aku hanya tersenyum dengan jawapan ibu. Entah kenapa aku tidak tergamak untuk menyatakan hasratku yang sudah berkobar-kobar sejak tadi. Mungkin ini jodohku. Aku pasrah dan aku yakin dengan ketetapan Allah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“So, its him? Lucky man” tiba-tiba suara Abang Irzhan menerjah ke telingaku ketika aku berehat di buaian hadapan rumah Auntie Sofea. Aku lantas berpaling. Aku akui semakin lama aku semakin meluat dengan sikapnya yang seolah-olah mencabarku. Mata Abang Irzhan masih merenung Ustaz Khairul yang sejak dari tadi berbual dengan Uncle Zamani dan saudara yang lain di dalam rumah.   Dua minggu lagi majlis pernikahan kami dan sebab itulah kehadirannya ke rumah sejak petang tadi untuk menguruskan apa yang patut dari pihak lelaki, tambahan lagi hujung minggu ini majlis pertunangan akan dilansungkan. Untuk pertama kali aku melihatnya, hati wanitaku mengakui dia sememangnya seorang yang segak dan tampan. Berkulit putih merah dan sejuk mata memandang. Sesuainya dengan ‘title’nya seorang ustaz.  Kali pertama kami bertentang mata dia hanya tersenyum seketika tanda hormat dan menundukkan pandangannya. Cukup sopan caranya sehinggakan aku merasa tidak layak untuk bertakhta di hatinya.
“Saya rasa lebih baik Abang Irzhan jangan duduk dekat sini, nanti apa orang cakap?” aku mula tidak senang dengan sikapnya yang mula mengambil tempat di sebelahku. Sejak Ustaz Khairul tiba ke rumah ini lagi aku sudah mula perasan sikapnya yang tidak senang duduk. Panas punggung!. Aku lantas bangun dari buaian apabila Abang Irzhan tidak menghiraukan kata-kataku sebentar tadi.
“Abang tak habis cakap lagi,” ucapnya seolah memintaku peluang untuk berborak seketika dengannya. Namun aku masih waras. Masakan aku hendak berdua-duaan dengan lelaki lain di sini sedangkan bakal suamiku berada di dalam rumah itu? Abang Irzhan sudah tak waras agaknya. Hatiku mula memberontak. Aku lantas meninggalkan Abang Irzhan yang jelas kecewa di wajahnya.
Aku membuat keputusan untuk berehat di bilik sementara menanti kepulangan Ustaz Khairul dari rumah Auntie Sofea. Aku merenung baju pernikahan berwarna putih bermanik dan labuci yang sudah tergantung di almari. Aku menghampiri dan menyuakan ke tubuhku. Segera aku mengambil foto arwah abah di meja solek. Aku cium berkali-kali. “Anak abah dah nak kahwin, kalau lah abah ada lagi..hmm.. Anak abah ni janji akan jadi anak dan isteri yang solehah” aku bersuara perlahan masih merenung foto abah. Tiba-tiba deringan mesej dari telefon bimbitku mengejutkan lamunanku.
“Forgive me about last month, we need to talk”  mesej yang ku terima dari Abang Irzhan. Sudah sebulan peristiwa di tasik itu berlalu, namun baru malam ini dia ingin memohon maaf. Bukan sejak peristiwa itu sahaja aku makan hati dengan sikapnya, malah sejak aku melalui hari-hariku di rumah ini dia sudah mengasingkan dirinya dariku dan menganggap aku sudah tidak wujud lagi dalam hidupnya.
“What do you trying for? We  no need to talk,” jawabku membalas pesanan ringkasnya. Aku semakin rimas dengan sikapnya seolah-olah cemburu. Cemburu? Aku tidak tahu.
“ Please give me a moment to say something before you get MARRIED soon,” balasnya tidak lama kemudian. Aku hairan apabila dia membesarkan perkataan kahwin di ayat tersebut. Aku hanya membiarkan mesejnya tanpa berbalas. Aku mahu merehatkan fikiran. Aku tidak mahu diganggu dengan bayang Abang Irzhan lagi dalam detik aku akan bergelar isteri orang nanti. “Ya Allah kuatkan hatiku!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 “Damiya kau ok ke?” soal Musliha ketika menemaniku di bilik. Aku sudah bersedia untuk menunggu bakal ibu mertuaku menyarung cincin di jariku seketika nanti. Tidak dapat dinafikan hatiku berdebar-debar saat ini. Sebentar sahaja lagi aku bakal bergelar tunangan orang.
“Aku ok, insyaAllah..Tapi agak nervous,” jawabku memandang Musliha. Tanganku makin kuat menggengam tangan sahabat baikku yang sejak dari tadi tidak jemu mententeramkan perasaanku.
“Are you sure? tangan kau sejuk sangat ni, dah macam mayat dah,”  tegur Musliha lalu ketawa mengekek.  Aku  hanya menjeling Musliha sambil tersenyum.
“Kau relaks lah k, kejap lagi masuk lah bakal mak mertua kau tu, just hulurkan tangan je, sarung cincin,” Musliha cuba menenangkanku yang sudah berdebar sejak dari tadi.
“Bukan sebab tu Mus, lepasni ‘title’ aku tunang orang. Entahla, rasa sedih la pulak nak tinggalkan zaman bujang ni,” ucapku. Aku cuba sedaya upaya menahan air mataku yang ingin keluar.
“La kau ni, janganlah cakap macam tu, insyaAllah kau boleh tempuhinya  ok, eh please don’t be cry Damiya, habis make-up tu karang,” aku tersenyum melihat keletah Musliha yang beria-ia mengelap wajahku yang memang sejak dari tadi tiada apa yang perlu diperbetulkan.
Beberapa minit selepas itu, muncul Puan Hasmida, bakal mertuaku bersama ibuku dan tetamu perempuan yang lain. Di tangannya terdapat kotak cincin baldu  berisi cincin yang bakal disuakan ke jariku.
“Damiya dah sedia?” Soal Puan Hasmida sejurus selepasku bersalam dengannya. Ibu di sisiku tersenyum sambil menepuk bahuku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Seolah aku kehilangan kata ketika ini. Kemudian cincin emas putih itu disarungkan ke jariku oleh Puan Hasmida. Dengan itu sahlah aku menjadi tunangan orang. Selepas itu aku berpelukan dengan Puan Hasmida dan ibu. Kali ini air mata yang kutahan sejak tadi tumpah juga akhirnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Irzhan, aku tengok muka kau ni dah macam ayam berak kapur, kenapa?” tegur Amirul ketika masuk ke bilik sahabat baiknya itu sambil menghulurkan fail di tangannya kepada Irzhan. Irzhan hanya menggeleng dan menyambut fail dan membeleknya sekali imbas. Seketika kemudian mencampakkan ke atas meja.
“Hey! what’s wrong with you dude? Kalau ada apa-apa problem, story lah kat aku, apa susah? Ni muka dah macam mayat hidup aku tengok” ujar Amirul lalu mengambil tempat duduk di hadapan Irzhan. Irzhan meraup wajahnya beberapa kali. Walaupun dalam keadaan serabut begitu, wajahnya tetap tampan.
“Adik sepupu aku kahwin next week,” jawab Irzhan sambil menongkat dagunya dengan kedua-dua tangannya. Matanya tepat memandang Amirul seolah-olah mahu melihat reaksi sahabatnya itu.
“Wah, yeke? Tahniahlah,Tak nak jemput aku ke? So, apa masalahnya?” ujar Amirul tersengih.
“Kau fikir dah terlambat ke aku nak rebut dia?” soal Irzhan terus terang tanpa berselindung. Cukuplah egonya selama ini memakan diri.
“Are you crazy?! Hey man, kau dah lama  ke cintakan dia ke? Dia dah nak kahwin kot!” soal Amirul terkejut dengan jawapan Irzhan. Dia semakin berminat untuk  mendengar luahan sahabatnya kali ini.
“Aku tak sedar bila aku sukakan dia, and last week dia dah sah jadi tunang orang. Next week pulak as a wife. Entahlah, too late aku baru sedar.” ucap Irzhan lalu melonggarkan tali lehernya dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Wajahnya bertambah kusut.
“Aku tak dapat nak tolong la Irzhan.. Dia dah nak kahwin, and you as her cousin compulsory to support her. Tak baik meruntuhkan orang nak buat masjid ni, ingat tu,” Amirul mula serius. Dia bimbang sekiranya Irzhan salah membuat pertimbangan.
“Itu aku tahu, tapi aku buntu. Jiwa aku sakit sekarang ni. Tu lah, bodoh aku kan, sebelum ni tak nak berterus terang. One thing, aku mane aspect dia kahwin awal, baru 20 tahun kot,” Irzhan menambah. Dia bermain dengan pen di jarinya.
“Wait,wait! Eh ni cousin kau yang mane satu ni Izrhan?Her name?” soal Amirul ingin tahu.
“Damiya Humaira’ ”
“Damn! Aku dah agak kau sukakan dia, pesal kau tak terus terang,now kau tanggung lah sendiri,”
“Argggh!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
22 Mei 2008, tarikh  yang kusangkakan bakal mengakhiri zaman bujangku berakhir dengan tragedi yang tidak kuduga. Hasratku untuk menjadi permaisuri seorang lelaki yang mulia bernama Ustaz Khairul tidak tercapai lantaran dia terlebih dahulu menerima seruan Ilahi. Ustaz Khairul maut dalam kemalangan ketika  dalam perjalanan untuk ke rumah Auntie Sofea semasa hari sepatutnya kami dinikahkan. Selepas membaca yassin untukku hadiahkan padanya malam itu, aku menanggalkan telekungku dan menyangkutkannya di penyidai.
“Damiya,” telingaku disapa lembut dengan panggilan itu. Tanganku diraih lembut lantas dikucup penuh syahdu. Setitis air mataku akhirnya jatuh jua di pipi.
“Kenapa menangis ni sayang?”  Abang Irzhan segera menyeka air mataku dengan ibu jarinya. Dia lantas memelukku dan memimpin tanganku ke birai katil. Kini sudah genap setahun peristiwa itu berlalu dan genap juga setahun aku menjadi isteri Abang Irzhan. Jodoh kami kuat rupanya.
Masih aku terbayang semasa beberapa hari kematian arwah. Aku hanya murung dan jarang bercakap. Semangatku seolah-olah terbang. Meskipun aku tidak cintakan arwah Ustaz Khairul tapi cintaku  mula bercambah semenjak bergelar tunangnya. Ketika itulah Abang Irzhan banyak memberiku kekuatan. Dia kembali menjadi Abang Irzhan yang kurindui dahulu. Seorang abang yang amat mengambil berat. Sedikit sebanyak hatiku terisi semula. Dalam keadaan aku yang sebegitu, Abang Irzhan melamarku untuk menjadi permaisuri hatinya. Bukan sebab mengambil kesempatan ke atas apa yang terjadi dalam hidupku tetapi atas nasihat keluarga terutamanya ibu dan Auntie Sofea bagi mengelakkan fitnah tentang hubunganku dan Abang Irzhan. Kami akhirnya dinikahkan 3 minggu selepas itu. Ketika itu baru aku tahu Abang Irzhan sudah lama memendam perasaan terhadapku.
“Sayang abang ni menungkan apa lagi ni?” Abang Irzhan mengejutkan lamunanku. Dia menarik hidungku. aku tersenyum memandangnya. Seketika mata kami bertaut.
“Abang, terima kasih sebab sudi bahagiakan Damiya.” ucapku membalas genggaman tangannya kemas. Abang Irzhan tersenyum bahagia.
“Ssyy..abang sepatutnya ucap terima kasih pada sayang, kerana sudi terima abang, dan segala kelemahan abang. Abang tak sempurna, jadi Damiya kenalah sempurnakan abang,” tambah  Abang Irzhan memandang tepat ke mataku. Aku terharu mendengarnya.
“Kita kenalah saling melengkapi,” ujarku tersenyum. Abang Irzhan lantas memelukku kemas. Tangannya tiba-tiba meliar ke sekitar perutku dan diusapnya perlahan.
“And somebody here will complete us”  bisik Abang Irzhan lembut di telingaku. Aku tersenyum bahagia. Semoga kebahagiaan ini berkekalan selamanya.